00:00Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres, mengetuai gesaan antarabangsa.
00:07Supaya selat hormus dibuka sepenuhnya, susulan gangguan berterusan akibat konflik melibatkan Iran.
00:14Dalam sidang Majlis Keselamatan PBB pada Isnin, Guterres menegaskan laluan perairan strategik itu perlu dibuka tanpa sekatan, bagi memastikan kelangsungan
00:24perdagangan global.
00:28Beliau menegaskan selat itu perlu dibuka dan membenarkan kapal melalui tanpa tol serta tiada diskriminasi bagi memastikan perdagangan kembali pulih
00:36dan ekonomi global kembali bernafas.
00:39Guterres memberi amaran impak ekonomi akibat gangguan itu sudah mula dirasai di seluruh dunia termasuk ketidaktentuan pasaran tenaga dan komoditi,
00:48peningkatan kos pengangkutan serta insurans selain gangguan rantaian bekalan paling buruk sejak pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine.
00:55Menurutnya, kesan tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi malah memberi tekanan kemanusiaan yang serius apabila bekalan bahan api, makanan dan bantuan
01:05asas semakin terjejas.
01:06Beliau turut memberi amaran gangguan berpanjangan berisiko mencetuskan krisis makanan global yang boleh menjerumuskan jutaan penduduk khususnya di Afrika dan
01:16Asia Selatan ke dalam kancah kelaparan dan kemiskinan.
Comments