00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengadakan perbincangan dengan penasihat kanan keselamatan negara berhubung cadangan baru daripada Iran bagi menyelesaikan konflik
00:10yang sedang berlaku.
00:11Perkara itu disahkan oleh setia usaha Akbar White House, Carolyn Leavitt dalam satu taklimat kepada media pada Isnin.
00:21Menurut Leavitt, cadangan tersebut antara lain melibatkan pembukaan slat hormus bagi laluan minyak manakala isu program nuklear Iran akan dibincangkan
00:30pada peringkat seterusnya.
00:32Bagaimanapun beliau tidak memberikan penilaian terhadap cadangan itu, sebaliknya menegaskan pendirian utama Washington kekal tidak berubah.
00:40Trump sebelum ini menuntut agar slat hormus dibuka sepenuhnya bagi memastikan kelancaran transit minyak global selain mendesak Iran menyerahkan uranium
00:50diperkaya miliknya.
00:51Konflik antara Amerika Syarikat dan Iran ketika ini masih berada dalam keadaan buntu dengan rundingan damai berdepan pelbagai cabaran termasuk
01:00isu keselamatan dan kepentingan tenaga global.
Comments