00:00Blok Pembangkang Menggesa Putrajaya memantau perkembangan geopolitik dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi kepentingan negara Malaysia sesuai kebimbangan terhadap nasib
00:12Selat Melaka selepas konflik di Selat Hormuz.
00:15Setiausaha Agong Perikatan Nasional atau PN, Tak Yudin Hassan berkata, persaingan strategik dan ekonomi yang semakin memuncak antara kuasa besar,
00:25khususnya Amerika Syarikat dan China, semakin mempengaruhi perkembangan di Asia Tenggara.
00:31Selat tersebut yang terletak antara Indonesia, Malaysia dan Singapura menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik melalui laluan yang hanya 2
00:40.7km pada titik paling sempit, lebih 10 kali lebih sempit daripada Selat Hormuz.
00:47Tak Yudin memberi amaran bahawa sebagai salah satu laluan perdagangan meritim paling penting di dunia, sebarang usaha meningkatkan kehadiran strategik
00:56luar atau pengaruh ke atas Selat Melaka berisiko meningkatkan persaingan geopolitik dan menggugat kestabilan rantau.
01:04Beliau menggesa kerajaan memastikan Malaysia tidak terheret dalam persaingan strategik atau ekonomi serta memperkukuh kerjasama ASEAN bagi mengekalkan kestabilan serantau.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments