Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Nadi Arena (10/4/26)
Transcript
00:00Kolaborasi buat kali pertama di antara Persatuan Pengimport dan Perniaga Kenderaan Melayu Malaysia Pekema
00:06bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Yaqib dan Astro Arena menerusi projek Ramadan baru-baru ini
00:11dilihat sebagai satu landasan pemulaan buat Pekema meluaskan lagi jaringannya dalam arena sukan negara.
00:17Terkini, beberapa perancangan untuk terus menembusi komuniti pembangunan sukan turut berada dalam radar mereka.
00:23Laporan lanjut dari wartawan Husna Zainuddin.
00:26Ini adalah Presiden Pekema, Datuk Muhammad Nazari Nordin.
00:30Baik Datuk, kalau kita lihat kolaborasi sebelum ini dapat menampakkan perkembangan positifnya.
00:36Jadi mungkin selepas ini ada dalam radar perancangan untuk kolaborasi ataupun bantuan
00:42selain daripada bekas atlet kebangsaan malahan turut kita fokuskan kepada pembangunan atlet muda
00:47seperti atlet-atlet yang mungkin dalam peringkat Institut Pengajian Tinggi?
00:52Maksud saya sekarang ini sebab kita pun baru bermula dengan kolaborasi dengan
00:56dan memberi sebagian kepada bekas atlet.
00:59Memang sememangnya ada dalam perancangan kita untuk mengembangkan lagi kumpulan sasaran
01:05untuk kami memberi sumbangan.
01:06Termasuk juga lah atlet-atlet muda yang sekarang ini yang berada di,
01:11yang belajar di pusat pengajian tinggi.
01:15Tetapi apakah mungkin jaminan yang kita boleh berikan ia adalah satu bantuan yang one-off
01:20ataupun ada kesinambungan jangka panjang?
01:22Okey, semenjak kita melakukan sumbangan itu pada Ramadhan yang lepas,
01:27kita telah menerima banyak permohonan daripada IPT-IPT yang lain.
01:32Jadi kita sedang meneliti dan juga akan mengambil pendekatan untuk membantu sebanyak yang mungkin.
01:41Bagiannya pula dengan kelainan ataupun nilai tambah yang pekemah cuba lihat, cuba menampakkan dalam projek seperti ini?
01:49Kita selalunya kalau untuk uji ayasan pekemah, sasaran kita adalah golongan B40.
01:55Tapi selain daripada itu, kita juga membantu di kalangan pemohon-pemohon yang memerlukan.
02:03Tak kira lah apa latar belakang mereka, kita akan membantu jika perlu.
02:08Dan usaha seperti ini diharap tidak terhenti di sini sahaja,
02:11sebaliknya akan ada lagi usaha dan kolaborasi yang berpanjang di dalam masa akan datang.
02:16Huzman Zainuddin untuk Nadia Arena.
Comments

Recommended