Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has initiated 42 investigation papers following the widespread dissemination of false information regarding the global energy crisis and ongoing conflicts in West Asia.

Read more at https://tinyurl.com/bdzc43tt

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Next, regarding the status of the past few cases that have been exposed to the global crisis and conflict in
00:16Asia Marat.
00:16Setakat jam 3 petang tadi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC telah membuka sebanyak 42 kertas siasatan berhubung penyebaran maklumat
00:30palsu berkait isu krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital.
00:38Manakala, 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil setakat ini untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
00:49Daripada 42 kertas siasatan yang dibuka, 31 kandungan melibatkan berita palsu berhubung kos bahan api.
01:00Pada masa yang sama, MCMC setakat ini telah membuat 355 permohonan penurunan kandungan palsu dari pelbagai platform media sosial.
01:13154 dari jumlah itu telah pun diturunkan oleh penyedia platform, manakala selebihnya masih dalam siasatan platform-platform berkenaan.
01:26Saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada terhadap sebaran maklumat, terutama dalam media sosial khusus berkait krisis tenaga global.
01:39Dalam keadaan dunia yang berdepan cabaran semasa, terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan pelbagai maklumat yang tidak sahih
01:50semata-mata untuk meraih perhatian dan pengaruh.
01:54Jangan berkongsi sebarang maklumat selagi belum dipastikan kesahihannya dan kebenarannya.
02:02Sebaliknya, rujuklah sumber rasmi dan pihak berwajib untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
02:11Bagi umat Islam, amalan tabayun amat dituntut seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Hujrat ayat 6.
02:20Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
02:29maka selidikilah, yakni tabayun, untuk menentukan kebenarannya,
02:35supaya kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu,
02:42sehingga menjadikan kamu menyesal di atas apa yang kamu telah lakukan.
Comments

Recommended