00:00Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Magistrat Kelang
00:05atas pertuduhan membunuh seorang penghantar barang dalam kejadian tragis di Jalan Raya Barat Ahad lalu.
00:12Tertuduh Arsatigana Parti 28 tahun yang sebelum ini disiasat mengikut Undang-Undang Trafik
00:18kini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiasaan.
00:23Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat E.K.T. Yayini
00:30memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:35Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta Honda Civic di Jalan Raya
00:40semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.
00:44Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa telah menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar 33 tahun
00:51di Jalan Raya Barat kira-kira pukul 11.47 pagi pada 29 Mac lalu.
00:57Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiasaan
01:02yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun
01:06dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
01:12Azurin Zainal, FMT
Comments