00:00Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, melakar sejarah apabila tersenarai dalam kelompok 25 universiti terbaik dunia bagi bidang tektiologi, keagamaan dan
00:12pengajian agama dalam QS World University Rankings, WUR, bagi penawaran kursus 2026.
00:20Pencapaian itu meletakkan UIAM dalam kalangan 14 universiti di Malaysia yang berjaya menembusi kelompok tangga ke-25 dalam pelbagai bidang
00:30penghususan tertentu sekaligus mencerminkan peningkatan daya saing dan kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara pada peringkat global.
00:41Rektor UIAM Profesor Emeritus Datuk Osman Bakar berkata, pengiktirafan itu memperkukuh komitmen berterusan universiti dalam memperkasakan kecemerlangan akademik khususnya dalam
00:53bidang pengajian Islam dan integrasi ilmu selaras aspirasi UIAM sebagai peneraju pendidikan, berteraskan nilai dan keilmuan.
01:04Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen berterusan UIAM dalam mencapai kecemerlangan akademik khususnya dalam bidang pengajian Islam dan kemanusiaan.
01:14Ia mencerminkan dedikasi para sarjana, penyelidik dan pelajar dalam memertabatkan ilmu relevan serta memberikan impak pada peringkat global.
01:23Osman berkata, kejayaan itu juga selaras dengan hala tuju UIAM untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai universiti global berteraskan nilai Islam
01:34dan memperteguh pegangan warga kampus terhadap epistemologi tawhidik.
01:40Sementara itu, Dekan Kuliah Abdul Hamid Abu Sulaiman bagi Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, AHAS KIRKHS, Prof. Dr. Hafiz Zakaria
01:51berkata,
01:52pengiktirafan itu menjadi dorongan kepada fakultinya untuk terus mempertingkatkan kurikulum, kecemerlangan penyelidikan dan penglibatan global.
02:00Penilaian QSWUR bagi tahun ini melibatkan lebih 21 program akademik daripada kira-kira 1,900 institusi pendidikan di seluruh dunia,
02:12menjadikan pengiktirafan itu amat kompetitif dan berprestij bagi penawaran kursus.
Comments