00:00Ujian kesihatan tidak memadam semangat bekas peserta program reality TV popular
00:05Akademi Fantasia musim ke-6, Mama Rina, untuk terus mencari rezeki dalam dunia seni.
00:13Mama Rina atau nama sebenarnya, Hairini Abdul Halim, kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.
00:19Susulan kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat komplikasi diabetes hujung tahun lalu.
00:30Mama Rina tetap tabah dan redha menerima ujian hidup
00:34serta berharap masih diberi peluang untuk terus menyumbangkan suara dalam sebarang program atau persembahan.
00:41Sebelum ini, Mama Rina masih aktif menyanyi termasuk membuat persembahan basking.
00:46Namun keadaan kesihatan semasa menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa dihentikan sementara.
00:53Walaubagaimanapun, dia memberitahu masih mampu menyanyi sekiranya dijemput untuk membuat persembahan ringkas
00:59seperti menyampaikan dua atau tiga buah lagu dalam mana-mana program.
01:04Bila kita dah jadi OKU ni, sebenarnya perkembangan kita jadi terbatas kan.
01:10Tapi Mama redha lah. Kalau ini dugaan Allah, Mama terima.
01:14Yang penting Mama nak sihat. Walaupun macam mana pun, semangat mesti nak kuat.
01:19InsyaAllah. Kalau ada show, panggil, Mama datang. Tak ada masalah.
01:24Walaupun duduk atas kursi roda, kan. Selagi suara boleh keluar, insyaAllah.
01:30InsyaAllah kita boleh carilah rezeki kita orang kan. Tak kisahlah token-token tu.
01:35Saya tak beti nak duduk diam, nak menadar tangan ke orang. Saya pun tak pandai.
01:40Sebab kita dah biasa berusaha, kerja. Walaupun 62 tahun sekarang.
01:4462 tahun sayang, warga mas. Alhamdulillah capai juga rasa warga mas.
01:50Kan. Sekarang penyakit macam-macam. Kita pun tak tahu tiba-tiba datang.
01:55Tak adalah buat sementara ni belum. Inilah pertama kali bulan puasa.
01:59Ada dengar desas-desus kata nak panggil. Tapi, macam mana nak cakap kan.
02:06Dia memang nasib lah. Bila kita nak OKU ni, OKU.
02:10Maksudnya kita punya perjalanan kita semuanya terhad.
02:15Mungkin orang kata, tak payahlah dia OKU.
02:17Tapi tak apalah. Kalau orang kata rezeki Mama ada, Mama datang.
02:22Mama datang, insyaAllah.
02:24Dan dia Allah bagi kita sehat, kita usahlah. Kan.
02:27Dia berkata demikian ketika ditemui dalam program Nyala Budi
02:31yang diadakan di Restoran Nasi Kandar Songkok, Bandar Baru Uda, Johor Baharu
02:36yang meraihkan 15 anak seni veteran kelahiran Johor baru-baru ini.
02:40Mama Rina yang juga penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat
02:45turut berkongsi rasa gembira apabila masih ada rakan media
02:48dan rakan artis yang datang melawatnya di rumahnya di Ulu Tiram, Johor.
02:53Kita kena terima hakikat.
02:55Kalau ini ujian, kita kena terima.
02:57Sebab apa dia pilih kita.
02:59Orang yang terpilih saja.
03:01Kita reda.
03:03Mungkin dia bagi kita dukaan macam ni ada sebab kan.
03:06Jadi kita reda.
03:08Tak perlu nak mengelur macam mana aku dah nak mati.
03:10Tak payah.
03:12Semangat yang penting.
03:13Itu sebab bila dia orang datang rumah, Mama rasa terhibur.
03:16Bukan kira sumbangan ke apa.
03:18Tapi bila orang datang melawat kita, Ya Allah.
03:21Ada orang masih sayang aku.
03:23Baru-baru ini media-media semua datang.
03:25Mama, Ya Allah, terima kasih banyak-banyak.
03:26Datuk Freddy, Datuk Kastijah Ibrahim datang rumah.
03:30Jadi macam kena pula kita punya favourite singer, Datuk Katie.
03:34Ya Allah, ya Tuhan aku macam tak percaya.
Comments