00:00Sultan Terengganu Sultan Mizan Zain Abidin menitahkan agar sambutan Aidilfitri dijadikan jambatan perpaduan dan medan mengirakkan hubungan sesama insan.
00:09Dalam perutusan, Baginda bertitah Aidilfitri bukan sekadar perayaan tetapi ruang menyemai nilai murni Islam dan mencerminkan keindahan adat resah masyarakat
00:17di Malaysia.
00:19Baginda menegaskan bahawa tradisi Aidilfitri di tanah air bukan sekadar tanda ketaatan kepada Allah tetapi mencerminkan keindahan adat dan nilai
00:29budaya masyarakat Malaysia.
00:31Amalan mengukuhkan ukuah adalah bertepatan dengan hikmah Saiditina Aisyara yang menyeru kasih sayang sesama isan bertambah dengan amalan ziarah menziarahi.
00:40Dalam perutusan, Sultan Mizan mengingatkan rakyat terutama yang berkemampuan agar tidak melupakan golongan kurang bernasib baik ketika meraikan Aidilfitri.
00:50Baginda bertitah bahawa keprihatinan rakyat mampu memberi sinar harapan kepada golongan yang sedang berjuang meneruskan kehidupan.
00:58Sultan Mizan turut menasihati rakyat agar menyambut Aidilfitri secara sederhana serta mengamalkan budaya ziarah menziarahi untuk menyemarak dan mengukuhkan silaturahim
01:08sesama keluarga, jiran dan masyarakat.
01:11Perutusan itu menzahirkan harapan Baginda agar Aidilfitri terus menjadi simbol penyatuan, kasih sayang dan keharmonian di Terengganu.
Comments