00:00Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM berkata pihaknya masih meneliti dakwaan melibatkan seorang pesakit jantung yang meninggal dunia di fasiliti
00:10itu bulan lalu selepas menjalani angiogram.
00:13Dalam email kepada FMT malam tadi, PPUM berkata perkara ini sedang diteliti lanjut.
00:19Frankie Victor, 59 tahun, seorang ahli perniagaan dalam bidang ekspor perabot meninggal dunia pada 21 Februari sehari selepas dimasukkan ke
00:28hospital akibat serangan jantung.
00:30Beliau telah dipasang stand.
00:32Isterinya Canty berkata, dia ada bertanya mengenai mesin oksigen yang disambungkan kepada suaminya ketika di hospital selepas beliau dipindahkan ke
00:42unit rawatan koronari.
00:43Bagaimanapun, seorang jururawat memberi jaminan kepadanya, keadaan itu normal.
00:49Canty turut mempersoalkan mengenai persetujuan untuk memberikan sedatif kepada Victor serta mendakwa penjelasan diberikan oleh kakitangan hospital mengenai apa yang
00:58berlaku kepada suaminya berbeza-beza.
01:01Beliau turut menggesa pihak pengurusan PPUM dan Jabatan Kardiologi menjalankan siasatan penuh dan telus sambil menyatakan harapan agar penderitaan yang
01:11dialami tidak berlaku pada keluarga lain.
01:13Sementara itu, anak perempuan cantik berkata pihak PPUM ada menghubungi ibunya melalui email pada 18 Mac dan memaklumkan bahawa siasatan
01:24dalaman telah dimulakan dan akan berikan perkembangan selepas ia selesai.
Comments