00:00Pada 18 Mac 2026 telah berlangsung program Harmoni Madani di Putrajaya International Convention Center
00:09bagi membincangkan perkara melibatkan sentimen isu kuil tanpa kebenaran.
00:16PDRM menyokong dan amat menghargai komitmen dan semangat perpaduan nasional
00:22yang dipamerkan oleh pihak yang terlibat.
00:26Ia secara tidak langsung dapat membantu pihak berkuasa
00:30mengekalkan keharmonian antara kaum demi menjamin kestabilan negara
00:37dalam merealisasikan hala tuju yang ditetapkan oleh kerajaan.
00:43Sejak kebelakangan ini, negara menyaksikan peningkatan polemik awam
00:49berkaitan isu rumah ibadat khususnya melibatkan dawaan
00:54pembinaan kuil tanpa kelulusan atau yang sering dilujuk dalam perbahasan awam
01:00sebagai isu kuil tanpa izin.
01:04Pada asasnya, perkara ini merupakan satu isu pentadbiran
01:09yang melibatkan status tanah, kelulusan pihak berkuasa tempatan
01:16serta pembatuhan kepada undang-undang perancangan dan pembangunan.
01:23Namun dalam realiti masyarakat hari ini, isu pentadbiran seperti ini
01:29boleh bertukar secara drastik menjadi polemik agama dan kaum
01:34apabila ia dibincangkan secara terbuka dalam ruang awam dan media sosial
01:41tanpa kawalan yang sewajarnya.
01:43Pihak PIDAR M memantau dengan teliti beberapa perkembangan
01:48yang berlaku sejak kebelakangan ini
01:51yang berpotensi menjadi titik panas keselamatan
01:56atau security flashpoint sekiranya tidak ditangani dengan berhati-hati.
02:03Antaranya termasuklah kempen media sosial yang menyeru orang ramai
02:08hadir ke lokasi tertentu yang dikaitkan dengan rumah ibadat
02:13yang dipertikaikan statusnya selain penyebaran video
02:18dan kenyataan yang bersifat provokatif
02:21sehingga menimbulkan reaksi balas daripada komuniti lain.
02:27Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu
02:31atau kumpulan yang melanggar undang-undang
02:34atau cuba menjetuskan ketegangan antara kaum.
02:39Namun dalam masa yang sama
02:40kita juga perlu memahami bahawa
02:43penguatkuasaan undang-undang
02:45semata-mata tidak mencukupi
02:48untuk memelihara keharmonian masyarakat.
02:51Ia memerlukan kerjasama semua pihak
02:54khususnya pemimpin masyarakat,
02:57tokoh NGO dan aktivis komuniti.
03:02Terima kasih telah menonton!