Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Petronas mengiktiraf peranan Sabah yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama yang lebih luas untuk memperkukuh sumbangan negeri kepada jaminan tenaga dan pembangunan ekonomi negara.
Transcript
00:00Petronas mengiktiraf peranan Sabah yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas atau OJSI Malaysia sebagai sebahagian
00:10daripada usaha kerjasama yang lebih luas untuk memperkukus sumbangan negeri kepada jaminan tenaga dan pembangunan ekonomi negara.
00:17Naib Presiden Kanan Penurusan Petrolium Malaysia Petronas, Datuk Bacu Pilong berkata sektor OJSI kekal sebagai teras penting kepada ekonomi Malaysia
00:28dan menyumbang antara 5 dan 8% kepada keluaran dalam negara kasar KDNK.
00:37Menurutnya, ketidaktentuan geopolitik gangguan rantaian bekalan tekanan penyah karbonan dan permintaan meningkat terhadap tenaga selamat mampu milik dan dipercayai sedang
00:49membentuk semula landscape tenaga global.
00:53Katanya, dengan sokongan dan kerjasama berterusan daripada Sabah, Petronas dapat membina rantaian bekalan OJSI yang berdaya tahan dan mengukuhkan kedudukan
01:04negeri itu sebagai destinasi yang kompetitif untuk pelaburan sektor tenaga.
01:10Petronas dan Kerajaan Negeri Sabah turut mengiktiraf sumbangan vendor OJSI yang berpengkalan di Sabah dalam menggalakkan ekosistem industri tempatan yang
01:20mampan dan berdaya saing.
01:22Pada 2025, sebanyak 98 vendor OJSI yang berpengkalan di Sabah telah diiktiraf atas keupayaan dan rekod prestasi mereka dalam meraih
01:34kontrak, mencerminkan pertumbuhan yang stabil sejak Pementerian Perjanjian Kerjasama Komersial Sabah CCA pada Disember 2021.
01:45Daripada jumlah itu, sebanyak 47 vendor menerima pengiktirafan buat kali pertama mengetengahkan peluang yang meluas untuk pernyataan industri tempatan.
01:56Jumlah kontrak yang diraih vendor Sabah juga naik dengan ketara daripada 133 pada 2021 kepada 499 pada 2025 mencerminkan keupayaan
02:10industri yang semakin meningkat.
Comments

Recommended