00:00Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih menegaskan bahawa Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk
00:10Seri Najib Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah harus dinyah klasifikasikan dan didedahkan kepada umum.
00:17Dalam kenyataan pada Khamis, Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, pendedahan itu perlu merangkumi pandangan bertulis yang dikemukakan Peguam Negara kepada Lembaga
00:28Pengampunan bagi membolehkan rakyat mengetahui asas pertimbangan, proses serta kedudukan sebenar keputusan berkenaan.
00:38Ujarnya, keperluan itu semakin mendesak memandangkan sehingga kini masih belum terdapat kerangka perundangan yang jelas dan menyeluruh berhubung penelaksanaan tahanan
00:48rumah terhadap banduan yang telah disabitkan kesalahan.
00:51Kekaburan ini menimbulkan persoalan tentang asas perundangan, bidang kuasa serta mekanisme pelaksanaan tahanan rumah dalam kes berkenaan.
01:01Gesaan tersebut menyusul kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasiruddin Ismail di Parlimen bahawa kerajaan akan membuat keputusan sama
01:12ada untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat berkenaan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat.
01:18Dalam pada itu, Bersih turut menuntut kerajaan mendedahkan serjelas segala syarat dan ketetapan tahanan rumah yang perlu dipatuhi Najib sepanjang
01:27tempoh menjalani bagi hukumannya.
01:29Menurut gabungan itu, rakyat berhak mengetahui sekatan yang dikenakan kaedah pemantauan pematuhan serta mekanisme penguatkuasaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat berkenaan.
01:41Bersih menegaskan bahawa negara kini berada pada fasa kritikal dalam mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan keyakinan rakyat terhadap institusi
01:53negara.