00:00Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Johari Ghani mengesahkan bahawa perjanjian perdagangan tiba balik atau ART yang ditandatangani antara Malaysia dan
00:10AS tidak lagi terpakai.
00:13Beliau berkata ia susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump menyebabkan perjanjian tersebut terbatal
00:24dan tidak sah.
00:25Johari berkata tarif tidak boleh dikenakan tanpa alasan yang jelas dan jika alasannya ialah lebihan perdagangan, industri yang terlibat mesti
00:34dikenalpasti.
00:35Trump dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian perdagangan tersebut pada Oktober lalu semasa lawatan Presiden AS itu ke Kuala
00:45Lumpur sempena sidang kemuncak ASEAN.
00:47Bulan lepas, empat ahli Parlimen PKR menggesa Putrajaya supaya segera menangguhkan semua langkah dan proses untuk meratifikasi ART, susulan keputusan
00:58Mahkamah Agung AS tersebut.
01:00Perjanjian itu mengekalkan tarif sebanyak 19% ke atas barangan Malaysia namun produk tertentu menikmati tarif sifar di bawah senarai
01:10perdagangan rakan kongsi.
01:11Trump sejak itu menyatakan beliau akan mengenakan tarif global sebanyak 15% bagi menggantikan tarif yang dibatalkan oleh mahkamah selepas
01:21pada mulanya mengumumkan lebi sebanyak 10% ke atas semua barangan yang memasuki AS.
01:28Terima kasih kerana menonton!
Comments