00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Negara KSN serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air PETRA
00:09meneliti pendekatan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu banjir dan bekalan air di Sarawak.
00:15Menurut Perdana Menteri, langkah itu perlu memandangkan hampir keseluruhan projek berkaitan
00:21telah mempunyai peruntukan dan pelaksanaannya perlu dipercepatkan
00:26demi memastikan masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan segera.
00:34Anwar berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat khas pembangunan dan pertemuan
00:38bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping serta Kepimpinan Kerajaan Sarawak di Kuching.
00:44Jelas Perdana Menteri dalam penyataan, beliau juga dimaklumkan mengenai keperluan mendesak
00:49untuk menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air yang masih menjadi cabaran
00:53di beberapa kawasan di negeri berkenaan.
00:55Tambahnya pertemuan pada Jumaat merupakan sebahagian daripada kesenambungan
00:59siri pertemuan telah diadakan dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara.
01:04Pendekatan tersebut paksi pada keyakinan bahawa pembangunan Yamampan
01:07mesti bertitik tolak daripada kesediaan untuk mendengar dengan teliti keperluan
01:12serta aspirasi negeri khususnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
01:17Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri maklumkan berapa pemimpin negara di rantau teluk
01:22selain pimpinan dari Iran dan Turki turut menghubungi Malaysia bagi bertukar pandangan
01:28mengenai perkembangan konflik semasa.
01:30Menurutnya kesediaan negara-negara berkenaan mendengar pandangan Malaysia merupakan
01:34satu penghormatan kepada negara meskipun Malaysia sebuah negara yang relatif kecil.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments