Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Seribu pengunjung awal Bazar Ramadan Sabindo Tawau menerima RM20 melalui e‑wallet, manakala 20 peniaga turut diberi RM100 sebagai inisiatif menggalakkan aktiviti ekonomi dan membantu persiapan berbuka puasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendangan Dalam Negeri dan Halihwal Pengguna KPDN dengan kerjasama Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
00:06mengambil inisiatif memberikan bantuan tunai kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan di Bandar Sabindu, Tawau.
00:13RM20 diberikan kepada seribu pengunjung terawal, sementara 20 peniaga menerima bantuan berjumlah RM100 setiap seorang.
00:21RM20 ini banyak dapat membantu untuk membeli makanan-makanan di luar.
00:27Syukur Alhamdulillah dapat meringankan bagi kami yang ingin membuka puasa adalah segi tambahan untuk meringankan beban kami untuk membuka.
00:42Bolehlah membeli makanan kegemaran seperti ada burah, selembang, awal-awal belum raya lagi ada sudah.
00:51Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata,
00:56pemberian bantuan tersebut merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan peningkatan aktiviti ekonomi di daerah itu.
01:04Okey, Bazar Ramadan ini adalah gerak kerja kita bersama dengan KPDN Cawangan Tawau.
01:10Untuk bersama-sama kita menyasarkan untuk menyantuni lebih kurang seribu pengunjung untuk kita berikan RM20 dalam e-wallet Touch &
01:17Go untuk mereka membeli apa saja di dalam bazar ini.
01:20kemudian kami juga menyasarkan lebih kurang 20 orang penjual, peniaga dengan mendapatkan RM100 daripada e-wallet juga.
01:28Menggalakkan lagi ekonomi kita dalam bulan Ramadan ini.
01:32Jadi ini adalah satu kita harap dapat membantu.
01:35Membantu peniaga dan juga pengunjung yang mahukan juga mendapatkan menu pilihan mereka.
01:42Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Walkabout Bazar Ramadan Sabindu di Tawau.
Comments

Recommended