Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu memaklumkan bahawa 25 kapal telah melalui Selat Hormuz dengan selamat dalam tempoh 24 jam lalu di bawah penyelarasannya.
Transcript
00:00KOR Pengawal Revolusi Islam Iran atau IRGC pada Sabtu memaklumkan bahawa 25 kapal telah melalui selat hormus dengan selamat dalam
00:08tempoh 24 jam lepas di bawah penyelarasannya.
00:12Tentera Laut IRGC dalam satu kenyataan berkata 25 kapal itu termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain
00:21menyeberangi selat berkenaan selepas memperoleh kebenaran dan diiringi oleh kawalan keselamatan.
00:30Menurut IRGC, angka berkenaan ialah tambahan kepada 92 kapal lain yang telah melalui selat hormus antara selasa hingga Jumaat sambil
00:38menegaskan semula bahawa semua pelayaran mesti diselaraskan dan diluluskan oleh pasukannya.
00:43Namun kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Tentera Amerika Syarikat yang menyatakan sekatan laut yang sedang dilaksanakannya telah memaksa lebih 100
00:51kapal komersial menukar haluan sepanjang 6 minggu lalu.
00:54Menurut CENCOM, lebih 15,000 anggota Tentera Amerika Syarikat terlibat dengan lebih 200 pesawat dan kapal perang menyokong misi itu
01:02termasuk dua kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat.
01:05Sekatan itu terpakai kepada kapal dari semua negara yang masuk atau keluar dari pelabuhan Iran di Teluk Arab dan Teluk
01:11Oman.
01:12Dakwaan bercanggah daripada kedua-dua pihak itu menyerlahkan kebuntuan berterusan berhubung selat berkenaan yang merupakan laluan sempit penting bagi penghantaran
01:21minyak global.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended