00:00Seorang pelakon wanita bersama suaminya direman selama 3 hari oleh Mahkamah Magistrik Seremban Negeri Sembilan pada Khamis
00:07bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor
00:12yang tidak wujud membabitkan kerugian kira-kira 1.5 juta ringgit.
00:17Perintah reman itu dikeluarkan oleh Magistrik Nurul Azwin Muhammad Talha
00:21selepas permohonan dibuat pihak polis.
00:24Pasangan suami isteri berkenaan dibawa ke Mahkamah Magistrik, susulan laporan polis yang dibuat di Seremban.
00:30Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azhar Abdul Rahim berkata
00:34kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 4 puluhan dan 3 puluhan itu ditahan di sebuah premis di Hululangat, Selangor.
00:41Menurutnya pasangan terbabit ditahan di tempat persembunyian mereka
00:44di sebuah madrasah tafiz di Jalan Kuari Sungai Long Batu 11, Kampung Sungai Serai Pada Rabu.
00:50Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesesaan kerana menipu.
00:55Sementara itu ketika diiring masuk ke mahkamah, pelakon drama Nur itu sempat mengingatkan wartawan
01:00supaya hanya menulis perkara yang benar.
01:03Menurutnya, laporan yang tidak sahih tidak sepatutnya disiarkan kepada umum.
01:07Dalam perkembangan sama, Azhar berkata mangsa dalam kes berkenaan merupakan
01:12seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga pesara ahli perniagaan dan pernah menjalankan perniagaan pembangunan hartanah.
01:20Mangsa dipercayai ditipu oleh rakannya sendiri dalam urusan mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.
01:26Menurut laporan, pada 21 September 2023,
01:30mangsa ditawarkan peluang untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang terletak di mukim ceras.
01:35Tanah tersebut dikatakan dijanjikan bersetis kurniaan kerajaan negeri Selangor.
01:39Mangsa kemudian berurusan dengan suspek dan melakukan beberapa transaksi bayaran.
01:43Suspek dipercayai memberikan nombor akaun bank bapanya serta akaun bank istrinya
01:48untuk menerima bayaran bagi urusan mendapatkan lot tanah berkenaan.
01:52Jumlah keseluruhan transaksi yang dibuat oleh mangsa dianggarkan mencecah 1.5 juta ringgit.
Comments