Skip to playerSkip to main content
  • 52 minutes ago
Pijak al-Quran, muat naik hantaran jelik... Vikneswaran mengaku tidak bersalah

Category

People
Transcript
00:04Seorang pelajar institusi pengajian tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuantan Pahang pada selasa
00:11atas dua pertuduhan iaitu mencemarkan Al-Quran dan membuat naik komunikasi jelek di media sosial.
00:18Tertuduh ex-Vinus Warren 21 tahun yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
00:24membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Harmi Tamri Muhammad selepas pertuduhan dibacakan.
00:30Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan tertuduh didakwa memijak Al-Quran dengan niat menghina Islam
00:38yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.
00:45Pertuduhan kedua pula dibuat di bawah Seksyen 233-1-A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
00:52kerana membuat naik hantaran jelek menerusi aplikasi TRANS.
00:57Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 233-2 Akta Sama
01:02iaitu denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau keduanya sekali
01:09serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.
01:15Tertuduh ditahan pada 25 Februari lalu dan direman sehingga 3 Mac selepas tular gambar memijak Al-Quran
01:22serta tangkap layar hantaran media sosial yang didakwa miliknya.
01:26Kes dikenalikan pengarah pendakwaan Negeri Pahang Syarizat Ismail dan timbalan pendakwa raya Siti Aisyah Abdul Wahab
01:32manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Amiral Afiq Muhammad Luqman dan Muhammad Rus Nizam Abdullah.
01:39Pendakwaan memohon jaminan RM50,000 atas faktor keseriusan kes namun pihak pembelaan meminta RM10,000
01:46dengan alasan ia sekadar cagaran kehadiran.
01:49Pembela turut mengemukakan nota klinik yang menyatakan tertuduh pernah mendapatkan rawatan gangguan psikologi ketika berusia 15 tahun.
01:58Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin
02:02serta syarat melapor diri di Balai Polis Jaya Gading setiap satu hari bulan.
02:07Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 April 2026.
02:11Sebelum ini pendakwa bebas Firdaus Wong Waihung mendakwa individu terbabit seorang muallaf
02:16yang memeluk Islam pada 20 April 2025 dan menggunakan nama Muhammad Zain.
02:22Menurutnya pemuda itu sebelum ini menunjukkan kesungguhan tinggi untuk memeluk Islam
02:26dan kerap menghubunginya bagi mendapatkan bimbingan.
02:30Tertuduh sebelum ini juga telah memohon maaf atas perbuatannya
02:33manakala bapanya membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan anaknya.
Comments

Recommended