Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Angka korban di Gaza terus meningkat ketika insiden tembakan melibatkan tentera Israel dan militan Palestin dilaporkan, termasuk kecederaan orang awam di beberapa kawasan tengah dan selatan wilayah itu.
Transcript
00:00Angka kematian di semenanjung Gaza yang dilanda perang terus meningkat kepada 72,051 orang sejak konflik antara Hamas dan Israel
00:09tercetus pada 7 Oktober 2023.
00:12Menurut kaitaan Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah kecederaan terus meningkat mencecah kepada 171,706 orang setakat Sabtu.
00:23Dalam tempoh 48 jam lalu, pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa 2 mayat dan 15 individu yang cedera telah dibawa ke
00:30hospital di seluruh Gaza.
00:32Menurut angka terkini yang dikeluarkan sejak pelaksanaan gencatan senjata di Gaza pada Oktober lalu, sebanyak 591 rakyat Palestine terbunuh, malakala
00:411,598 lagi cedera.
00:43Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel IDF dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tenteranya telah menembak mati 2 militan Palestine di utara
00:51Gaza pada awal hari sama.
00:54Keduanya didakwa menghampiri tentera Israel sambil membawa ancaman segera sebelum ditembak mati.
01:00Dalam kejadian berasingan pada Sabtu, beberapa rakyat Palestine termasuk golongan warga emas dan kanak-kanak turut dilaporkan cedera selepas ditembak
01:07tentera Israel di selatan dan tengah Gaza.
Comments

Recommended