Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung atau menarik balik tauliah mengajar sekiranya berlaku salah guna kebenaran sepanjang Ramadan, bagi memastikan pengimarahan masjid berjalan teratur dan mematuhi garis panduan ditetapkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik Kerajaan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan tauliah mengajar sepanjang Ramadan.
00:09Langkah itu termasuk menggantung dan menarik balik kebenaran yang diberikan bagi memastikan aktiviti pengimmarahan masjid dilaksanakan secara berdisiplin dan mematuhi
00:19garis panduan Jabatan Agama Islam Selangor.
00:23Exko Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr. Muhammad Fahmi Ngah berkata individu yang memberi kuliah atau tazkirah di masjid
00:31mesti memiliki tauliah sah mengikut kategori yang diluluskan.
00:36Beliau menegaskan jika tauliah diberikan untuk mengajar Al-Quran ia terhad kepada bidang tersebut sahaja.
00:42Menurutnya, jika aduan diterima dan siasatan mendapati berlaku salah guna tauliah, kebenaran boleh digantung dan seterusnya ditarik balik berdasarkan keputusan
00:52pihak berkuasa agama negeri.
00:54Dalam pada itu, beliau turut memberi penekanan masjid tidak boleh dijadikan medan membincang isu dilarang seperti mengkritik kerajaan atau politik
01:03kepartian bagi menjaga keharmonian jemaah.
01:06Orang ramai juga digalakkan membuat aduan rasmi sekiranya terdapat pencerama, tidak bertahuliah atau melanggar syarat ditetapkan.
01:14Antara cadangan pengimaraan Ramadan termasuk pelaksanaan solat tarawih 20 rakaat di setiap masjid serta tazkirah selepas solat isyak tidak melebihi
01:2320 minit.
01:24Tazkirah sebelum solat zuhur juga dibenarkan namun perlu dihentikan sebaik azan berkumandang.
01:30Kerajaan negeri turut mengalakkan masjid mengambil imam daripada institusi tafiz tempatan bagi memberi peluang kepada pelajar tafiz mengimamkan solat tarawih
01:40serta menimba pengalaman berkhidmat kepada komuniti.
Comments

Recommended