Skip to playerSkip to main content
Kemahiran teknikal muncul sebagai tulang belakang usaha Malaysia untuk pemulihan industri namun cabaran persepsi, tenaga mahir dan pelaksanaan dasar masih wujud.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/02/09/tvet-stem-tunjang-masa-depan-perindustrian-malaysia

Read More:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/09/tvet-stem-take-centre-stage-in-malaysias-industrial-future

Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX
Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb
Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download FMT News App:
Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP

#BeritaFMT

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hasrat Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi bergantung pada satu faktor utama iaitu tenaga mahir.
00:12Belan Induk Perindustrian Baharu 2030 menetapkan hala tujuh untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi perindustrian modern berasaskan teknologi.
00:21Belanjawan 2026 pula memperkukuh aspirasi ini dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan yang digerakkan oleh pelaburan dan inovasi.
00:33Sektor utama seperti elektrik dan elektronik, kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, kimia, farmastikal dan peranti perubatan berada diteras transformasi ini.
00:45Namun, ada satu halangan besar iaitu kekurangan tenaga kerja mahir untuk menggerakkan industri-industri ini.
00:54Pendidikan dan latihan teknikal serta vocational selain sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, kini dilihat sebagai pemangkin penting transformasi tersebut.
01:03Jurang kemahiran amat ketara, hanya 6.1% belia Malaysia berada dalam pendidikan vocational, berbanding 23.8% di Singapura dan 20.4% di Jerman.
01:19Laporan Institut Penyelidikan Kazanah menyorot ketidaksepadanan ketara antara graduan dan keperluan pasaran, malah terlalu sedikit pelajar dalam bidang kejuruteraan, ICT dan teknologi alam sekitar.
01:34Selama beberapa dekad, TVET dianggap sebagai laluan kelas kedua. Stigma itu masih wujud.
01:41Namun persepsi itu kini semakin berubah. Kini 54.3% lepasan sekolah memilih TVET dengan kadar keboleh pasaran mencecah 95.1%.
01:52Malah ramai yang berpendapatan lebih tinggi daripada pemenggang ijazah dengan gaji bulanan sehingga RM3,500 dalam bidang automasi dan pembuatan berteknologi tinggi.
02:07Untuk memperkukuh momentum ini, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM7.9 bilion bagi memodernkan kemudahan, memperkukuh hubungan industri dan memperluas program perantis dalam sektor berpontesi tinggi.
02:23Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia menjangkakan 3.3 juta peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan menjelang 2030 dan kebanyakannya dalam bidang kemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi seperti robotik, pembukusan chip dan automasi bilik bersih.
02:41Industri kukuh ini yang tahan terhadap kejutan ekonomi global dan tidak mudah dipindahkan ke negara lain berupaya menjadi asas kepada fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya bagi Malaysia.
02:57Daya saing Malaysia akan bergantung pada sejauh mana tenaga kerjanya mampu menyaingi kadar kemajuan perindustrian negara.
03:04Pelaburan mega terkini seperti peluasan kilang Infineon di Kulim dinilai RM5 bilion dan fasiliti RM30 bilion oleh Intel di Pulau Pinang menandakan kejayaan awal di bawah NIMP 2030.
03:23Namun momentum ini bukan jaminan. Kekurangan bakat boleh memperlahankan projek utama atau menyebabkan pelabur beralih ke negara jiran.
03:31Namun matlamatnya jelas iaitu membina tenaga kerja yang bersedia untuk industri masa depan.
03:41Sama ada melalui program politeknik, kursus STEM atau latihan perantis industri, generasi pekerja mahir Malaysia akan menentukan arah masa depan ekonomi negara.
Comments

Recommended