Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Peniaga kecil yang menjalankan perniagaan di pasar dinihari di kawasan parkir pasar umum Sandakan menyuarakan kebimbangan apabila sumber pendapatan harian mereka dijangka terjejas susulan notis penamatan operasi pasar berkenaan.
Transcript
00:00Perniaga kecil yang menjalankan perniagaan di pasar dini hari di kawasan pakir pasar umum sandakan menyuarakan kebimbangan
00:07apabila sumber pendapatan harian mereka dijangka terjejas susulan notis penamatan operasi pasar perkenaan.
00:14Notis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan PBT itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan mereka
00:19yang telah sekian lama bergantung pada aktiviti perniagaan kecil-kecilan di lokasi tersebut.
00:24Seorang perniaga, Muhammad Jaidi Abdul Maruk yang ditemui berharap pihak yang berkenaan dapat memberi peluang kepada mereka
00:33terus kekal berniaga memandangkan ia menjadi punca pendapatan sejak sekian lama.
00:39Jadi hari ini salah satu impak besarlah untuk perniagaan kerana ada wakil-wakil rakyat yang datang sudah tampil membantu.
00:47Jadi daripada pihak kami pula mengharapkan pasar dini hari ini tidak akan ditutup.
00:54Jadi kalau dapat, daripada situ salah satu pasar ini adalah satu tempat yang hidup waktu malam.
01:02Pasar ini adalah salah satu tempat untuk pengunjung-pengunjung datanglah.
01:08Jadi diharap jangan sampai pasar ini kita tutup. InsyaAllah.
01:11Beliau berkata demikian kepada wakil Awani Borneo semasa ditemui dalam satu majlis dialog penjaja pasar dini hari bersama pihak NGO
01:21dan enam wakil rakyat parti warisan Zon Sandakan di Pusat Khidmat Ilopura Bandar Letak Sandakan pada Jumaat.
01:30Pada masa sama, keluhan sama disuarakan Muliyati Abbas yang berharap perniagaan mereka dapat diteruskan kerana ia memberi kesan kepada sumber pendapatannya.
01:39Banyaklah kesan sebab di mana kami yang berniaga di sana itu rata-rata banyak yang membayar cukai,
01:48anak-anak kan bersekolah. Jadi kesan itu sangat banyaklah sebab kami mengharap pendapatan daripada penjualan-penjualan yang ada.
01:57Kami berniaga lah setiap malam di pasar dini hari, pasar Sandakan.
02:01Kami memohon belas esan daripada pihak YB semua untuk membantu menyampaikan suara kami untuk dikekalkan di tempat yang sama.
02:12Kami sangat rasa tertekan sebab ia mempengaruhi ekonomi kami lah.
02:19Sebab kebanyakan daripada kami pendapatan menjual sayuran dan buah adalah hasil utama kami punya pendapatan.
02:26Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Tanjung Papat Alex Tian berkata,
02:32Dialog berkenaan penting bagi memastikan sebarang keputusan dicapai kelah adalah lebih adil dan berpaksikan kepentingan rakyat.
02:40Hari ini kita mengadakan dialog bersama kita punya penjaja dan juga NGO.
02:46Sekali kita bincang macam mana mencari satu penyelesaian dengan seterusnya.
02:51Jadi di sini yang ada kesimpulannya juga itu isu sekarangnya lah itu alasan-alasan yang dibagi itu tidak boleh diterima lah.
03:00Dan kita satu hati untuk bersama penjaja kita mahu kekal di sana supaya itu tempat-tempat ekonomi lebih maju.
Comments

Recommended