00:00Kementerian Belia dan Sukan tidak merancang untuk membina stadium olahraga bertaraf antarabangsa baru buat masa ini.
00:07Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata ketika ini usaha ditumpukan kepada menaik taraf kemudahan sediada sebagai persiapan menghadapi penganjuran sukan C-2027.
00:18Keputusan itu diambil berikutan kemudahan sediada seperti Stadium Nasional Bukit Jalil masih berada pada tahap terbaik dan memenuhi pihawai yang ditetapkan.
00:31Penganjuran acara sukan olahraga maksudlah badan sukan boleh mempertimbangkan pemilihan lokasi acara sukan sediada bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan serta latihan tertakluk kepada peraturan dan tata cara yang sedang berkuat kuasa.
00:43Fasiliti dan kemudahan sediada boleh digunakan secara optimum, ekonomi dan berkesan.
00:48Beliau menjawab soalan ahli parlimen Datuk Seri Dr. Syahir dan Qasim mengenai keputusan Malaysia untuk tidak membina Stadium Olahraga yang baru dan Universiti khusus sukan bagi memastikan atlet negara tidak ketinggalan di pentas antarabangsa.
01:03Mengenai cadangan Universiti sukan, Mordi berkata buat masa ini institusi pendidikan tinggi sediada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sudah memandai untuk menawarkan bidang pengajian sukan secara berperingkat mengikut keperluan.
01:16Berdasarkan statistik semasa, sebanyak enam institusi pendidikan tinggi awam dan lima institusi pendidikan tinggi swasta di seluruh negara menawarkan khusus berkaitan bidang tersebut.
01:27Terima kasih kerana menonton!
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments