00:00Ringgit mengakhiri urus niaga pada selasa dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih 7 tahun berbanding dolar AS pada RM3.95 dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baru serusnya pada RM3.87.
00:15Pada jam 6 petang semalam, ringgit mengukuh kepada RM3.9500 berbanding dolar AS daripada RM3.9615 pada Isnin yang merupakan paras tertinggi sejak mencatat RM3.9480 pada Mei 2018.
00:31Memetik laporan bernama Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid berkata,
00:40bersyarat dua hari FOMC di Amerika bermula malam tadi yang akan dipantau rapat kalangan peniaga dan pelabur bagi mendapatkan pandangan rezat Persekutuan Amerika The Fed
00:49mengenai prospek ekonomi dan halatuju dasar di masa akan datang.
00:54Menurut beliau, pasaran misalnya telah menjangkakan dua pengurangan kadar faedah utama Amerika tahun ini
01:00yang memaparkan persepsi bahawa Fed mengamalkan kelonggaran dasar apabila keadaan ekonomi berkembang.
01:07Selain itu, pengerusi baru Bank Pusat Amerika akan dilantik dalam masa terdekat dan akan diumumkan oleh Presiden Donald Trump tidak lama lagi.
01:16Muhammad Afzal Nizam sebelum ini berkata berdasarkan analisis carta teknikal, para sokongan baru bagi matawang tempatan itu adalah pada 3.8722.
01:25Beliau berkata walaupun sentimen dalam masa terdekat ini kekal positif, pasaran dijangka kekal berwaspada terhadap halatuju kadar faedah bagi 2026.
01:36Dalam pada itu, ringgit juga meningkat berbanding kumpulan matawang utama lainnya.
01:41Prestasi sama turut dicatatkan ringgit berbanding matawang negara anggota ASEAN lainnya.
01:45Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan ketika ini tidak seharusnya mengaburi mata kerana masih wujud kelompok masyarakat bergelut dengan kemiskinan.
01:58Jadi saya harap negara-negara harus gunakan peluang ini. Betul kita tengok perbangunan, kita lihat yang gagah akan timbul.
02:06Saya lihat beberapa perancangan yang cukup indah, cukup hebat. Benar. Dan kita harus beri sokongan dengan negara sudah berkembang.
02:14Tetapi, kita harus juga ingat bahawa dalam keadaan begitu yang mana orang senang ramai, masih ada kelompok-kelompok yang tersisih, yang miskin, yang sukar untuk hidup dengan baik.
02:30Tanggungjawab kita, kerajaan, swasta, yang kaya, yang miskin, bergelut untuk cuba perbaiki.
02:40Dan ini patut jadi sikap kita masing-masing.
02:43Makna bekerjasama untuk membawa perubahan dalam negara kita.
Comments