- 19 hours ago
Pengumuman lonjakan Rancangan Pembangunan Tenaga Mahir (RPTM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka ruang lebih inklusif kepada akses pendidikan tinggi, khususnya dalam memperkasa pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran graduan, termasuk untuk mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami akan bersama Prof. Datuk Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, bagi mengupas bagaimana lonjakan RPTM diterjemahkan di peringkat kampus melalui pelbagai inisiatif untuk mahasiswa USIM, merangkumi aspek akademik, kebajikan serta keperluan penginapan, selari dengan aspirasi pendidikan yang lebih inklusif dan mampan.
Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami akan bersama Prof. Datuk Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, bagi mengupas bagaimana lonjakan RPTM diterjemahkan di peringkat kampus melalui pelbagai inisiatif untuk mahasiswa USIM, merangkumi aspek akademik, kebajikan serta keperluan penginapan, selari dengan aspirasi pendidikan yang lebih inklusif dan mampan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Intro
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Afizia Azaman dalam hari pagi hari ini
00:13untuk kita membincangkan satu topik iaitu impak rancangan pendidikan tinggi Malaysia
00:19yang telahpun diluncurkan baru-baru ini kepada mahasiswa USIM
00:25dan ramai melihat dasar pendidikan sekadar angka perancangan dan dokumen rasmi
00:30tapi di sebalik setiap dasar, dia ada realiti kehidupan mahasiswa yang terkesan secara langsung
00:35dan pengumuman lonjakan rancangan pembangunan tenaga mahir atau RPTM
00:40maaf, tenaga rancangan, maaf, rancangan pendidikan tinggi Malaysia
00:46oleh kemudian pendidikan tinggi bukan sekadar memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi
00:52tetapi membuka ruang kepada pembangunan kemahiran, kebolepasaran dan kesejahteraan pelajar secara lebih menyeluruh
00:59Dari peringkat kampus, persoalannya bagaimana dasar ini diterjemahkan kepada tindakan sebenar
01:04dan apa inisiatif yang diambil bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir
01:09termasuk dari aspek kebajikan keupayaan dan keperluan penginapan
01:13dan pagi ini, di awalnya pagi kita nak bersama dengan Prof. Dr. Nik Salida Suhaillah
01:18Nik Saleh, Atibalan Naib Chancellor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia, USIM
01:23untuk kupas bagaimana lonjakan RPTM memberikan impak langsung dari dasar ke kampus
01:29serta peranan USIM dalam memastikan peluang pendidikan terus diperkukuhkan untuk semua
01:34Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, apa khabar?
01:36Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah sihat
01:40Encik Hafizie, apa khabar ini?
01:42Alhamdulillah, Prof. mungkin kita nak bertanyakan mengenai
01:46dasar pendidikan tinggi negara yang baru saja dilancarkan
01:52mungkin apa pandangan Prof mengenai dasar pendidikan berkenaan
01:58untuk tempoh 10 tahun akan datang ini
02:00apa yang Prof rasakan menarik dalam dasar dilancarkan itu?
02:07Baik, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
02:10Terima kasih awal ini pagi di atas jemputan kepada pihak USIM pagi ini
02:15dan sudah pasti bila kita bicarakan tentang RPTM 2026-2035 ini
02:20yang paling utama adalah kita amat menghargai
02:24setiap perincian yang dinyatakan dan juga satu kejayaan besar lah
02:30kepada Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya berkenaan dengan
02:34perancangan 10 tahun kehadapan dan ini adalah produk hasil tempatan
02:39100% ya Encik Hafizie yang mana kita mengetahui cabaran yang kita hadapi
02:45dan haletuju yang kita akan bawakan institusi pendidikan tinggi ini
02:49untuk 10 tahun. Jadi dengan peluncuran RPTM daripada yang amat berhormat
02:55Perdana Menteri baru-baru ini yang kita lihat satu
02:59cetusan baharu reformasi pendidikan tinggi dalam beberapa perkara
03:07dan transformasi dasar dalam beberapa perkara juga
03:10pada saya sangat istimewa dan kita sekarang pada tahun 2026
03:14sehingga tahun 2028 adalah dalam fasa membina rangka kerja
03:20dan meletakkan di mana implementasi dasar-dasar yang telah dibuat itu
03:27dalam konteks masing-masing. Jadi ini adalah dalam fasa cetus
03:32kemudian seterusnya fasa pacu dan selanjutnya adalah fasa untuk kita
03:37tingkatkan prestasi. Jadi yang paling utama pada saya adalah pada terasnya
03:43iaitu kita melonjakkan sisi kemanusiaan dalam pendidikan tinggi
03:49dan kita bina kesejahteraan yang holistik kepada bakal graduan kita
03:54dan juga kita mesti membawa dasar ini untuk kemakmuran bersama
03:59dan memastikan kemampanan dan kelestarian dengan semua aspek
04:05yang kita mahu bina untuk Malaysia. Jadi pada saya itu adalah
04:09keistimewaan rancangan pendidikan tinggi Malaysia 10 tahun kehadapan.
04:14Dan Prof, topik kita hari ini adalah impak PTM kepada mahasiswa USIM itu sendiri
04:20bagaimana impak dan juga kesan kepada mahasiswa USIM itu
04:24untuk tempoh 10 tahun kehadapan ini. Mungkin Prof boleh ceritakan
04:28mengenai dasar yang telah dilancarkan itu.
04:31Okey baik. Yang saya lihat dalam tiga teras utamalah yang besar dalam pendidikan tinggi ini
04:37yang pertama adalah akademik, kemudian hal awal pelajar dan juga yang ketiga
04:41penyelidikan dan inovasi. Jadi dari segi akademiknya pelajar dapat merasai
04:46impak RPTM ini yang pertama sekali dalam menerapkan nilai-nilai
04:54ataupun mewujudkan satu elemen kemanusiaan untuk kemakmuran bersama secara mampan
05:04dalam kurikulum pendidikan, program-program akademik di pendidikan tinggi.
05:10Jadi kita masukkan nilai ataupun value-based education dalam semua
05:15rancangan pengajaran kita melalui MQF 2.0 yang dicetuskan oleh pihak MQA, KPT
05:24dan ini mesti berlaku sebelum Julai pada tahun ini. Dan juga ESG, SDG
05:32dalam UN Global Goals for 3P ataupun Peace, Planet dan juga Prosperity
05:38ditekankan elemen education, economy, social, governance dan sebagainya. Jadi itu juga
05:46elemen yang dimasukkan dalam semua program pengajian di institusi pendidikan tinggi.
05:52Selain daripada itu dalam bidang akademik ini kita memperkenalkan flexible education ya
05:57yang mana ia bukan bermula pada tahun 2026. Sebenarnya lebih awal daripada itu
06:01tetapi dilonjakkan lagi dalam RPTM ini melalui pengajaran-pengajaran dengan
06:07sisi modular ataupun secara micro credential ya. Kita membuat pengajaran yang kita
06:13unbundle daripada program-program yang besar dan juga kita menggunakan asas
06:19artificial intelligence dalam pengajaran dan juga pendidikan. Dan ini juga kita nampak
06:24dalam penambahan unjuran untuk 10 buah program yang ada di mana-mana
06:31institusi pendidikan tinggi ya sehingga 3,000 penambahan tempat. Yang ini yang
06:36amat dirasai oleh rakyat Malaysia saya kira dalam mereka ingin mencari tempat
06:41dalam pendidikan tinggi bila mana dibesarkan lagi kemasukan dalam 10 program
06:47yang memang mendapat sambutan yang begitu tinggi lah ya dalam bidang undang-undangnya,
06:54perakaunannya, data sains dan macam-macam lagi. Jadi saya fikir itu satu lonjakan yang
07:00memberi manfaat langsung kepada pelajar dan juga rakyat Malaysia. Kemudian dari segi
07:05hal awal pelajar, di USIM ini kita memperkenalkan satu program yang disebut
07:10sebagai Living Lab yang mana kita bergerak sebagai satu kumpulan bersama
07:16dengan komuniti yang inilah elemen kemanusiaannya, elemen kesejahteraan
07:23secara holistik untuk kita memahami apa yang berlaku di lapangan dan bagaimana
07:28sebuah universiti dengan hasil kajiannya, dengan penemuannya, dengan inovasinya
07:34memberi manfaat kepada masyarakat. Ya dan juga kita menghantar pelajar-pelajar
07:39mengikuti latihan industri di luar negara sebagai contoh. Jadi inilah yang
07:44kita sebutkan sebagai pengantarabangsaan kepada pelajar supaya mereka mengetahui
07:50bahawa ke depan ini, 10 tahun ini kita ingin melonjakkan graduan kita ke peringkat
07:57antarabangsa dalam apa jua bentuk. Ya dan juga sekarang ini sedang dibina plan
08:03strategi keboleh pasaran graduan ya yang mana kita mengambil kira juga
08:08RPTM ini supaya seiring dan sejalan dengan plan strategi keboleh pasaran
08:14graduan di bawah KPT. Dan itulah Cik Afizi saya fikir yang dapat dirasai oleh
08:19pelajar, bukan sahaja pelajar sebenarnya dapat juga dirasai oleh masyarakat di luar.
08:24Ya, tentang RPTM ini yang baru kita perolehi selepas peluncuran yang dibuat oleh
08:32yang amat berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.
08:36Dan Prof, apa mungkin langkah USIM untuk mengenalpasti pelajar yang berisiko tercicir
08:44Prof?
08:46Ok, kita ada dua keadaan sebenarnya berkaitan dengan pelajar tercicir ini. Sama ada
08:52dia tercicir untuk masuk ke institusi pendidikan tinggi ataupun ia tercicir
08:57dari segi peluang dan kebersamaan semasa berada dalam institusi. Jadi banyak
09:03inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama
09:06dengan semua universiti-universiti dalam kita memastikan bahawa kalau boleh
09:12no one will be left behind. Ya, tak ada siapa pun yang tercicir daripada
09:16pendidikan tinggi sekiranya mereka nak belajar. Jadi untuk kemasukan contohnya
09:22bakal pelajar mereka contohnya pelajar OKU bermula tahun ini tiada lagi
09:28kekangan untuk mereka memohon kemasukan ke mana-mana universiti, ke mana-mana
09:35program yang mereka akan mampu untuk mendudukinya dan juga meneruskan dengan
09:42kerjainya pada tahun ini. Maknanya pelajar OKU boleh mohon semua program
09:46melalui UPU. Ia tanpa mengambil kira keupayaan mereka yang berbeza itu.
09:52Kemudian contohnya di Universiti Sains Islam Malaysia, kita memberi kelonggaran
09:56syarat bahasa Arab kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke
10:01program matrikulasi ataupun tamhidi sains fizikal dan teknologi kerana kita
10:08ingin memperkasa kemasukan pelajar-pelajar ke program sains dan teknologi.
10:12dalam masa yang sama kita menghadapi kekangan dari segi memenuhi syarat
10:17bahasa Arab yang bukan sahaja luluk tetapi mesti cemerlang. Jadi kelonggaran itu
10:23membolehkan pelajar-pelajar yang mempunyai cabaran untuk cemerlang dalam
10:29bahasa Arab di peringkat menengah untuk mereka turut berada di USIM dan terus
10:33memberi kecemerlangan kepada diri mereka sendiri dan juga kepada institusi terus
10:40belajar bahasa Arab menduduki program-program yang sains based dalam
10:43masa yang sama mereka juga boleh melanjutkan pengajaran pengajian dan
10:48juga graduate dengan cemerlang. Ya dan begitu juga kita ada inisiatif
10:53pelajar-pelajar OKU yang melalui kemasukan khas ke universiti tidaklah perlu
11:00komplit dengan orang lain juga di kalangan pelajar orang asli juga di
11:04kalangan atlet yang mungkin tidak begitu cemerlang dari segi akademik tetapi
11:08memenuhi minimum requirement dan tak perlu bergembut dengan orang lain.
11:12Mereka ada saluran khas masuk ke universiti dan juga boleh meneruskan
11:16pengajian seperti biasa. Dan bagi pelajar-pelajar yang memang berada dalam
11:20universiti yang perlukan apa ya perlukan fasiliti khusus kerana cabaran yang
11:27mereka hadapi OKU dan sebagainya kita ada banyak sokongan semasa exam contohnya
11:33pelajar yang perlukan kepada fasiliti khusus. Kita sediakan fasiliti. Ya
11:38mereka berbeza sedikit daripada yang lain sebab mereka perlukan satu
11:43kemudahan yang orang lain tak perlu ya. Jadi kita sediakan dengan sistem
11:49badinya kepada pelajar OKU memerlukan bantuan rakan-rakan dalam
11:53pergerakan. Kita lantik badi kepada mereka untuk sentiasa membantu mereka
11:57termasuk semasa berada di asrama. Ya jadi inilah antara apa yang kita
12:01lakukan supaya pelajar-pelajar tidak tercici insyaAllah.
12:05Dan banyak lagi sebenarnya saya nak pertanyakan bersama dengan Prof. Dr.
12:11Nik Salida tapi kita nak rehat terus ketika. Kita akan kembali selepas ini.
12:14Baik masa lagi bersama saya Fiza Zaman untuk kita melihat kepada impak
12:31rancangan pendidikan tinggi Malaysia kepada mahasiswa USIM. Daripada tadi
12:35kita bersama dengan Prof. Dr. Nik Salida Suhaillah Nik Saleh, Timbalan Naib
12:38Chancellor Akademik dan Antarabangsa USIM yang menyentuh mengenai
12:42tiga perkara penting berkaitan dengan pendidikan untuk pelajar OKU
12:49dan juga miskin tegak serta bagaimana fasiliti-fasiliti di USIM itu
12:55orang kata dinaik taraf untuk keselesaan mahasiswa-mahasiswa.
13:03Prof, apa mungkin cabaran-cabaran yang didapik oleh pihak USIM sendiri
13:08untuk menyediakan fasiliti, kurikulum dan juga sokongan mental
13:12untuk pelajar OKU, Prof?
13:15Baik. Sebenarnya kita tidak melihat itu sebagai cabaran ya.
13:20Kalau dari segi teknikalnya pasti kita adalah sedikit kekangan.
13:25Tetapi untuk memberikan satu peluang yang terbaik kepada pelajar-pelajar
13:30yang perlukan kepada affirmative action ataupun special measures
13:36yang mereka perlu mungkin sementara sahaja, mungkin kekal dan sebagainya
13:40kita committed untuk merealisasikannya secara holistik ya dan juga sistematik.
13:47Dan sebagai contoh kita ada satu institusi di USIM ini yang namanya
13:50Umi Maktum yang memang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan OKU,
13:57keperluan, dakwah, perundangan dari sudut hukum hakam dan sebagainya.
14:02Jadi di situ yang saya katakan komitmen secara holistik ini lahir disebabkan
14:07kita ada sebuah institusi yang melihat keperluan ini.
14:10Jadi penyediaan Quran Braille contohnya yang kita gunakan untuk pelajar-pelajar
14:17yang OKU penglihatan.
14:20Kemudian kita juga menggunakan paparan Quran Braille juga setiap kali
14:26dalam majlis yang kita ada bacaan Al-Quran.
14:30Kemudian sudah pasti bahasa isyarat yang kita secara amalinya
14:36sediakan dalam program-program rasmi universiti dan juga kepada OKU pendengaran
14:41ada modul khas untuk mereka membaca Al-Quran yang dibina oleh USIM itu sendiri.
14:48Selain daripada sokongan mental, sokongan fizikal yang kita gerak secara bersama
14:54di universiti ini dan kesedaran kepada seluruh warga kampus supaya mereka tahu
14:58bahawa mereka bertanggungjawab kepada rakan-rakan dan kita mesti secara bersama
15:05cemerlang dalam institusi ini. Jadi saya tidak melihat ia sebagai satu cabaran besar
15:12hanya komitmen yang mungkin tertangguh disebabkan oleh kekangan-kekangan secara teknikal
15:19yang kita hadapi. Sebagai contoh mungkin kita perlu langkah-langkah penjimatan
15:25yang sangat drastik menjadikan banyak fasiliti kita yang kita terpaksa
15:29beri keutamaan kepada keperluan yang tertentu buat masa ini.
15:33Tetapi insyaAllah saya fikir dalam RPTM ini nampaknya komitmen yang utama
15:39diletakkan kepada perkara ini dan sudah pasti pihak Kementerian Pendidikan Tinggi
15:45dan Kerajaan khususnya akan memberikan kemudahan yang lebih besar kepada IPT
15:52selepas ini insyaAllah. Dari segi kita memperkasa golongan-golongan yang rentan.
15:57insyaAllah. Prof, melalui inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh pihak USIM
16:02untuk membantu golongan ini, apa perubahan-perubahan yang dapat dilihat
16:07kepada mahasiswa ataupun pelajar itu, Prof?
16:11Baik, saya melihat daripada RPTM ini kita bukan melahirkan
16:18graduan itu sebagai manusia tetapi kita ingin menjadikan mereka insan
16:24yang kalau manusia itu being tetapi kalau insan itu becoming
16:30mereka sentiasa mempunyai satu rasa yang tidak cukup dan tidak puas
16:37dengan apa yang mereka ada pada hari ini dan mereka sentiasa ingin
16:41memperkasa diri sendiri dalam apa jua bentuk dan yang boleh memberi kekuatan
16:46kepada kemajuan diri. Jadi di USIM khususnya kita membawa
16:53setiap graduan ini ke arah satu halatuju supaya mereka menjadi seorang
16:58khalifah yang bertanggungjawab, yang memimpin dirinya dengan nilai
17:02dan mendidik masyarakat supaya pandai. Ya jadi ini secara dasarnya
17:07ada di dalam teras RPTM yang hari ini kita dapat rasa gelombangnya
17:14yang begitu besar ya. Di mana-mana sahaja di kalangan masyarakat kita
17:19berbicara tentang RPTM yang baru diluncurkan. Jadi termasuklah juga
17:24pelajar-pelajar dalam kampus dan mereka merasai hal itu dan inilah yang
17:31kita gerakkan secara bersama. Dan untuk makluman juga di USIM
17:34mahasiswanya boleh dikatakan hampir semuanya dalam latar belakang
17:39pendidikan agama. Ya yang kita mahu pastikan bahawa pendidikan ini
17:43dalam bidang pengajian Islam khususnya tidak tercicik daripada sistem.
17:48Ya tidak dipinggirkan daripada sistem dan mereka mesti berfikiran
17:52tajam dan berfikiran terbuka dan mempunyai jiwa yang besar dan
17:58membawa watak profesional. Ya jadi dengan itu kita gembira dengan RPTM
18:04kerana dasarnya seolah-olah menjadikan mahasiswa kita hari ini
18:07sebagai pelapis untuk meneraju keilmuan global. Dengan itu USIM
18:14memperkenalkan satu inisiatif juga supaya mereka ini mesra bumi dan
18:20mesra alam. Ini sesuai dengan apa ya kesejahteraan holistik, dengan
18:26kemakmuran bersama, dengan kemampanan juga dan kita bertekad untuk
18:30meningkatkan ranking dalam UI Green Matrix sesuai dengan komitmen
18:35kelestarian universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.
18:41Dan Prof, kalau ada perkara yang Prof dah lihat dokumen RPTM untuk
18:50tempoh 10 tahun ini, kalau ada perkara yang perlu ditambah baik daripada
18:54aspek apa yang Prof rasakan dalam RPTM ini?
19:00Kemungkinan saya fikir penekanan kepada karamah insaniah itu ya sebab
19:07setiap manusia ini kita tidak boleh anggap mereka hanya sebagai satu
19:12makhluk hidup berkaki dua, berjalan tegak yang tidak ada sisi kemuliaan.
19:18Bukan begitu ya. Setiap manusia ini ada sisi kemuliaannya yang kita
19:25tidak tahu. Mungkin orang itu sendiri yang tahu ya apa yang baik pada
19:30dirinya. Jadi karamah insaniah, kemuliaan insan itu ada pada setiap
19:34manusia dan itulah penekanan yang kita boleh tambah dalam dasar-dasar
19:42kita supaya setiap pelajar yakin dengan kekuatan diri, dengan
19:47kemuliaan diri, dengan bakat, dengan ketampilan mereka dengan sebab itu,
19:52dengan sebab keyakinan itu mereka berani menongkah kebiasaan dan
19:56menjadi seorang yang terbilang setiap satunya. Saya bukan bercakap
20:01sebagai seorang daripada seribu ya tetapi kita bercakap tentang
20:05memperkasa seribu orang pelajar daripada seribu orang semuanya.
20:09Jadi dengan itu sekiranya ditekankan soal setiap manusia itu ada sisi
20:14kemuliaan saya pasti teras ataupun dasar ini akan
20:19menjadikan kita merasai setiap diri ini luar biasa. Ya jadi saya
20:26fikir itu tidak mungkin tidak perlu ada dalam RPTM tetapi secara
20:31operasinya, secara amalinya itu yang kita bawa di sini ya sebab
20:35pelajar-pelajar mungkin tidak lihat apa sumbangan mereka kepada
20:40masyarakat dalam dua tiga tahun lagi ya selepas berkerjuat daripada
20:44universiti. Tetapi mereka perlu ada keyakinan dan dengan keyakinan itu
20:49saya pasti mereka akan bersama dengan pengurusan universiti untuk
20:54melonjakkan bukan sahaja institusi tetapi negara kita ke arena yang
20:59lebih besar. Dan saya ingat mungkin sebagai rakyat Malaysia pemberkasaan
21:03bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pemikiran itu perlu
21:08diangkat ya. Bukan kita mengenepikan bahasa lain dan saya
21:12tidak menafikan keutamaan bahasa-bahasa kedua tetapi apabila
21:16bahasa Melayu iaitu bahasa apa ya bahasa jati kita dijadikan bahasa
21:24ilmu dan bahasa pemikiran kita juga memperkasa bangsa dan kita
21:29memperkasa negara ya secara tidak langsung. Jadi kemungkinan besar
21:34satu teras yang boleh juga kita bawa dalam amalan RPTM 2026
21:412035 adalah pemberkasaan bahasa untuk melonjakkan bangsa.
21:47Okey baik kita berterima kasih kepada Timbalan Naib Chancellor Akademik dan
21:51Antarabangsa Uci Sain Islam Malaysia Usin Prof. Dr. Nik Salida Suhaili
21:57Nik Saleh berkongsikan kepada kita mengenai impak rancangan
22:01pendidikan tinggi Malaysia kepada mahasiswa Usin itu secara keseluruhan
22:06dan apakah aspek-aspek lain untuk ditambah baik bagi memastikan
22:10bahawa dalam tempoh 10 tahun ini pendidikan tinggi dalam negara
22:14kita dapat diperkasakan dengan lebih baik. Okey itu saja dapat saya
22:18buahkan dalam hari pagi. Sekian pada saya Fizat Zaman.
22:20selamat menikmati.
Comments