00:00Ini sebenarnya ialah hakikat yang kita sebenarnya sedari tapi mungkin kita tak dapat lagi war-warkan kepada orang ramai lah di luar sana.
00:08Okey, TB ni memang dulu sangat popular tetapi seiring dengan perkembangan zaman mungkin banyak dah kawalan-kawalan penyakit telah dilaksanakan, TB ni makin lama makin tak kedengaran.
00:19Tetapi hakikatnya, TB memang di Malaysia dan secara globalnya masih lagi banyak, masih lagi tinggi.
00:26Dan ianya merupakan antara penyakit berjangkit yang paling banyak juga di Malaysia.
00:31Okey, di Malaysia kita ada banyak penyakit-penyakit betul tak?
00:33So, di antara semua penyakit-penyakit yang ada di Malaysia, TB ialah yang nombor tiga, paling tertinggi.
00:39Selepas daripada denggi dan selepas daripada penyakit kaki tangan dan mulut.
00:43Ketiga ialah TB.
00:45Jadi, itu menunjukkan betapa tingginya beban penyakit TB yang ada di dalam Malaysia sekarang ni.
00:50Dan daripada kes TB yang ada di Malaysia sebenarnya, satu jangkaan ni kita dah buat satu projection, jangkaan mengenai bagaimana dengan kes ni pada masa akan datang.
00:59Dijangkakan daripada kajian modeling eh, pada 2030 kita akan ada hampir 30,000 kes TB.
01:06Di sesuatu kawasan?
01:07Di Malaysia.
01:08Di satu Malaysia?
01:09Di Malaysia.
01:10Dan sebenarnya daripada 30,000 kes ni, hampir 10 ke 15 persen akan meninggal dunia.
01:17Maksudnya kita akan ada beribu juga kematian TB yang ada di Malaysia.
01:22Dan ini sebenarnya ialah hakikat yang kita sebenarnya sedari tapi mungkin kita tak dapat lagi war-warkan kepada orang ramai lah di luar sana.
01:30Jadi, bila berkaitkan dengan kematian ni pula, kadang-kadang penyakit-penyakit ni ada yang boleh sembuh.
01:35Ada yang boleh menyebabkan kematian.
01:37Kalau diikutkan daripada semua, tadi kita kata TB ialah nombor 3 kan?
01:41Betul.
01:42Tapi daripada semua penyakit berjangkit, TB ialah nombor 1 yang menyebabkan kematian.
01:47Setiap 100,000 rakyat Malaysia, 7 orang akan meninggal akibat daripada TB.
Comments