00:00Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan rasional membenarkan kemasukan murid ke tahun satu pada umur enam tahun dan mengenai langkah penguatkuasaan kerajaan susulan sekatan sementara akses AI Grok.
00:14Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Aliparlimen Kulim Bandar Baru Roslan Hashim meminta Menteri Perdirikan menyatakan rasional membenarkan kemasukan murid ke tahun satu pada umur enam tahun.
00:27Pada sesi itu, beliau bertanya sama ada kementerian telah menjalankan sebarang kajian empirical atau penilaian impak sebelum syur dibuat serta dibentangkan kepada Dewan.
00:38Sementara itu, Aliparlimen Tumpat, Datuk Mumstaz Matnawi pula meminta Menteri Komunikasi menyatakan langkah susulan sekatan sementara akses AI Grok di Malaysia termasuk daripada aspek kawal selia, penguatkuasaan, pemantauan berterusan serta langkah jangka panjang bagi pelindungan kumpulan rentan agar dapat melindungi mereka
00:56daripada kandungan berbahaya dalam media sosial. Terut tersenarai sebagai pertanyaan lisan ialah isu sukan.
01:02Jimmy Puah Wiese, Ahli Parlimen Terbrau meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan dengan pencapaian negara dalam sukan C 2025 di mana Malaysia berjaya mencapai sasaran 200 pingat.
01:13Apakah rancangan kerajaan untuk memastikan prestasi tersebut berterusan dan meningkat pada acara yang lebih besar khususnya dalam memburu pingat emas pertama pada sukan Olimpik selepas ini.
01:23Pada sesi sama, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Muhammad Isam Muhammad Isa pula meminta Menteri Luar Negeri menyatakan antara lain perkembangan terkini proses rundingan Kod Tata Laku, Kod of Conduct COC di Laut Cina Selatan serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha memuktamadkan COC tersebut.
01:41Beliau juga mahu tahu mengenai kedudukan keselamatan di perairan batu putih setelangkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi menanganinya.
01:49Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac manakala Dewan Negara akan bermula pada 23 Februari.
Comments