00:00Kerajaan akan melaksanakan pengukuran pembelajaran tahun 4 mulai tahun ini bagi 4 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
00:13Selain itu, turut diumumkan pengukuran pembelajaran tingkatan 3 bagi 5 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah bermula 2027.
00:26Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengukuran juga dikenali matriks pembelajaran Malaysia akan dikendalikan lembaga pembelajaran Malaysia.
00:34Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq dalam sidang media meminta ibu bapa dan guru tidak perlu panik dengan pelaksanaan matriks pembelajaran bermula tahun 4 kerana ia bukan sistem pembelajaran berisiko tinggi yang memberi tekanan kepada murid.
00:50Dalam pada itu, ibu bapa boleh mendaftar anak seawal 5 tahun ke prasekolah manakala 6 tahun bagi tahun 1 bermula tahun depan bagi memberi peluang pendidikan lebih awal kepada kanak-kanak yang sudah bersedia.
01:03Jelas Anwar pentadbirannya belum bersedia mewajibkan kemasukan awal itu kerana mungkin ada ibu bapa yang merasakan anak belum bersedia.