Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Muslims should seek marital advice from official religious authorities instead of unauthorised “divorce coaches” (coach cerai), says Deputy Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Marhamah Rosli.

Speaking in the Dewan Rakyat on Tuesday (Jan 20), Marhamah urged the public to turn to the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) or state Islamic affairs departments, stressing that these bodies have trained personnel to handle marital disputes.

She said official counselling platforms help couples identify the root of conflicts, improve communication and reach fair, well-considered solutions.

Read more at https://tinyurl.com/55a9xxs4

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim mengambil maklum dan sangat memandang serius terhadap isu koch cerai yang tular baru-baru ini berikutan dengan perceraian pasangan selebriti.
00:16Yang mana isu ini menyentuh urusan pentadbiran hal-hal islam khususnya berkaitan dengan perkahwinan orang islam yang mana perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak.
00:34Berikutan dengan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan hukum koch cerai yang telah dimuat naik dalam laman web Tinta Mufti 48-2025
00:50Yang mana dinyatakan penggunaan istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan islam yang mengelirukan seperti koch cerai ini perlu dikawal bagi memastikan kefahaman masyarakat tidak tersasar sehingga membawa kepada kegusaran awam.
01:09Untuk makluman ahli yang berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri JAKIN adalah badan berotoriti yang perlu dirujuk berkaitan dengan kekeluargaan islam termasuk isu perkahwinan dan isu perceraian juga.
01:29Malah JAKIM dan JAKIN telah menyediakan platform khidmat kaunseling, runding cara keluarga berlandaskan pendekatan syariah bagi membantu pasangan mengenalpasti puncak konflik, memperbaiki komunikasi serta mencari penyelesaian yang adil dan seimbang.
01:49Selain daripada itu, JAKIM dan JAKIN, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jawi turut berperanan memfokuskan pembinaan keluarga bahagia dan kesejahteraan mental melalui pelbagai platform.
02:06Ini ialah ekosistem sokongan keluarga yang telah dilakukan secara berstruktur dan berterusan.
02:12Perkhidmatan ini dikendalikan oleh pegawai yang terlatih, juga membimbing pasangan kearah penyelesaian berlandaskan syarak dan psikologi, sekaligus memastikan masyarakat mempunyai saluran rasmi yang jelas apabila berdepan dengan isu rumah tangga.
02:29Isu kos cerai ini memberikan pengajaran bahawa sebarang nasihat berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian perlulah melalui pendekatan ilmu, kefahaman, bimbingan dan tidak dilupakan autoriti yang jelas.
02:45Nasihat yang tidak bersandarkan syariat, yang datang daripada pihak yang tidak berautoriti, bukan sahaja melirukan, malah berpotensi merosakkan rumah tangga dan ditekankan di sini bahawa penggunaan islah dan rundingan yang adil perlu diambil sebelum apa-apa tindakan diteruskan.
03:06Oleh itu, mendapat nasihat daripada pihak berautoriti seperti kaunselor bertawliah, jabatan agama Islam dan mahkamah syariah, bukan sahaja melindungi hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri, tetapi perlu bagi memastikan keputusan yang dibuat dalam keadaan hikmah, berpendukan syariat dan memberi manfaat jangka panjang.
03:26Kesedaran ini penting untuk membina masyarakat yang bijak dalam menilai nasihat, memelihara institusi keluarga dan mencegah kerosakan yang boleh dielakkan. Terima kasih.
03:37Soalan tambahan saya, saya ingin tahu perincian tahap pencapaian pusat khidmat keluarga, sosial dan komuniti yang dikendalikan oleh JAKIM
03:52dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh Malaysia dalam menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling kepada institusi keluarga yang sedang dirundung masalah dan diambang perceraian.
04:10Berapakah bilangan pusat ini yang ada di seluruh negara?
04:14Soalan yang kedua, apakah usaha kerajaan bagi menyebarluaskan lagi informasi berkenaan kewujudan pusat ini agar umat Islam dapat merujuk kepada pakar yang bertauliah
04:31dan bukannya terpengaruh kepada influencer, coach cerai, jadian di alam media sosial. Terima kasih.
04:39Silakan Ibu Omad Menteri.
04:44Terima kasih yang berhormat Jasin.
04:47Bersama saya adalah laporan permohonan khidmat nasihat berdasarkan jantina permohon bagi wilayah persekutuan
04:55dan saya juga mendapat laporan pendaftaran nikah cerai dan rujuk daripada Jawi juga.
05:02Untuk JAKIM berdasarkan daripada apa yang ada di tangan saya sekarang,
05:08untuk wilayah persekutuan terdapat mengikut tiga wilayah iaitu Putrajaya, Persekutuan dan Persekutuan Lambuan.
05:20Untuk keseluruhan semua negeri di dalam negara, saya perlu mendapatkan perincian lanjut dan insyaAllah akan diberikan jawapan secara bertulis.
05:28InsyaAllah.
05:29Terima kasih.
05:33You
Comments

Recommended