Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jenazah penyanyi dan pelakon Nadia Kesuma disahkan telah selesai dimandikan dan dikafankan selepas meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tiba di Anbiya, Jeddah pada 15 Januari.
Transcript
00:00Jenazah pelakon Nadia Kesuma yang meninggal dunia pada 15 Januari lepas selamat disemadikan di Jeddah, Mekah.
00:07Perkara tersebut disahkan suaminya Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi Facebook beliau.
00:15Katanya jenazah Nadia dikebumikan sekitar jam 5.44 pagi waktu tempatan iaitu 10.44 pagi waktu Malaysia.
00:23Dalam hantarannya di Facebook, beliau turut memaklumkan anak perempuannya Sarah serta sahabat baik Nadia mendapat peluang untuk memandikan jenazah Allah Yarham sebelum dikafankan.
00:35Mohd Kamarul dan Sarah berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 5.35 petang semalam bagi menguruskan pengebumian Nadia di negara itu.
00:48Sebelum ini, tanda tanya mengenai kehilangan pelakon itu sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah terjawab apabila beliau meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
01:02Allah Yarham merupakan antara 21 perserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula 14 Januari dan sepatutnya pulang pada 28 Januari ini.
01:18Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended