Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dua individu ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar berhampiran Plaza Tol Jitra di Lebuhraya Utara–Selatan arah utara awal pagi Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua individu ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar berhampiran Plaza Tol Jitra di Leburaya Utara Selatan, arah utara pada awal pagi Isnin.
00:10Menurut Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Jitra, penolong kanan penguasa bomber Nur Azhar Tajuddin pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi sebelum tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
00:24Operasi turut dibantu 5 anggota daripada pasukan Bomber Sukarela PBS seberang Nyonya.
00:31Pasukan Pusat Gerakan Operasi JPPM Kedah yang menerima laporan mengenai kebakaran mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic FD sedang marak terbakar dengan anggaran kemusnahan 85% semasa mereka tiba di tempat kejadian.
00:46Pemeriksaan lanjut menemukan dua mangsa rentung di dalam kenderaan tersebut namun identiti kedua-duanya belum dikenal pasti.
00:54Jelasnya api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.23 pagi sebelum anggota bomba menjalankan kerja pemotongan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.
01:03Menurut Nur Azhar, operasi turut melibatkan kerjasama polis di Raja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended