Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata kelemahan dalam proses perolehan kerajaan, berpunca daripada kegagalan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan, meskipun Kementerian Kewangan (MoF) telah menyediakan pelbagai bentuk fleksibiliti bagi melancarkan urusan perolehan.
00:00Kelemahan dalam proses perolehan kerajaan berpunca daripada kegagalan mematuhi tata cara yang telah ditetapkan, meskipun Kementerian Keuangan MOF telah menyediakan pelbagai bentuk fleksibiliti untuk melancarkan urusan perolehan.
00:14Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, ketidakaturan yang berlaku bukan disebabkan sistem semata-mata, tetapi kerana ahli lembaga perolehan, jawatan kuasa serta pegawai tidak memahami sepenuhnya tata cara perolehan.
00:31Syamsul Azri berkata, kelemahan dalam proses perolehan lazimnya berpunca daripada kurangnya kefahaman terhadap tata cara perolehan serta kelemahan dalaman pegawai sendiri dalam menghayati prinsip dan tujuan peraturan itu diwujudkan.
00:48Ditanya sama ada ia disebabkan kelemahan pemantauan atau prosedur operasi standar SOP, Syamsul Azri berkata ia merupakan kombinasi pelbagai faktor.
00:57Justru Syamsul Azri berkata MOF akan memperketat lagi garis panduan perolehan bagi semua kementerian dan badan berkanun untuk mengelak ketirisan.
01:06Pada Jumat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, semua keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia ATM dan Polis Diraja Malaysia PDRM serta agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah dibekukan sementara.
01:20Menurut Perdana Menteri, pembekuan itu dilaksanakan oleh kerajaan sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Be the first to comment