Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Empat Rang Undang-Undang (RUU) penting dijangka bakal dibentang dan dibahas dalam sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 esok.
Transcript
00:00Empat rang undang-undang RUU penting dijangka bakal dibentang dan dibahas dalam sidang mesyuarat pertama penggal ke-5, Parlimen ke-15 yang akan bermula esok.
00:10Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil berkata, kesemua RUU tersebut akan mula dibahas secara berperingkat.
00:17Memang sesi PMQT yang pertama itu sangat dinantikan dan saya percaya dalam sidang ini juga,
00:27Perdana Menteri telah umumkan kita ada empat rang undang-undang yang penting yang akan kita bawa
00:33Rang undang-undang Ombudsman, Rang undang-undang Kebebasan Maklumat, Rang undang-undang untuk memisahkan jawatan pendakwa raya dan peguam negara
00:45serta satu rang undang-undang pindaan perlembagaan untuk menghadkan tempoh bagi Perdana Menteri ke 2 penggal ataupun 10 tahun.
00:55Jadi bukan semua akan dibentang serentak, dia akan satu persatu.
01:00Tapi memandangkan titah ataupun pembahasan usul menjunjung kasih itu, dia akan sehingga akhir Januari.
01:11Jadi kita jangkakan selepas 5 ataupun 6 Februari, rang undang-undang yang lain ini akan mula dibahaskan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended