Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Bagi SARA Bulanan 2026, penyaluran telah bermula pada 9 Januari 2026 melibatkan 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, peruntukan bantuan bagi pelaksanaan sumbangan asas rahmah atau SARA dan sumbangan tunai rahmah STR bagi 2026 merupakan yang tertinggi.
00:11Setiusaha akhbar kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nasrul Abaidah berkata, peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 bilion itu akan memanfaatkan sekitar 9 juta penerima.
00:23Kerajaan Madani juga komited untuk mengurangkan beban kos serah hidup rakyat.
00:29Jisru bagi tahun ini, Kerajaan Madani meneruskan pelaksanaan sumbangan asas rahmah SARA dan sumbangan tunai rahmah STR dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 bilion.
00:43Ia merupakan peruntukan tertinggi setakat ini yang memanfaatkan sekitar 9 juta penerima.
00:50Bagi SARA bulanan 2026, penyaluran telah bermula pada 9 Januari lalu melibatkan 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
01:08Dan mulai hari ini, 16 Januari, penyaluran diteruskan kepada 3.1 juta penerima kategori bujang.
01:17Secara keseluruhannya, SARA bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima ini dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun lalu.
01:35Beliau berkata demikian dalam taklimat pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim pada Jumat.
01:41Kata Tengku Nasroh lagi, sasaran kedai runcit kecil yang terlibat dalam program SARA juga akan ditingkatkan kepada 10,000 buah menjelang akhir 2026 berbanding lebih 3,000 pada akhir 2025.
01:53Dalam pada itu tambahnya, STR fasa tahun 2026 akan mula disalurkan pada 20 Januari 2026 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.
02:03Yang memberi manfaat kepada 5 juta penerima isi rumah dan juga warga emas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended