Skip to playerSkip to main content
  • 57 minutes ago
Arab Saudi, Qatar, Turkiye dan Oman menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya menangguhkan serangan udara ke atas Iran, ekoran kebimbangan tindakan Washington boleh mencetuskan konflik besar dan sukar diselesaikan di seluruh Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan lain sekali, Arab Saudi, Qatar, Turki dan Oman menggesa Presiden Donald Trump untuk menangguhkan serangan udara ke atas Iran.
00:08Ekoran kebimbangan tindakan Washington boleh mencetuskan konflik besar dan sukar diselesaikan di seluruh Asia Barat.
00:15Amaran mengenai kemungkinan huru-hara tercetus daripada sekutu lama Amerika itu dilihat berjaya meyakinkan Trump untuk menangguhkan serangan ketenteraan buat sementara waktu.
00:25Arab Saudi turut menolak penggunaan ruang udaranya oleh Amerika untuk melancarkan sebarang serangan.
00:34Dalam perbincangan berterusan, Menteri Luar Arab Saudi Putra Faisal Farhan mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran, Oman dan Turki pada Khamis.
00:43Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, menyeru dialog antara Iran dan Amerika.
00:48Katanya semua berharap Amerika dan Iran akan menyelesaikan isu antara mereka sama ada melalui perantara, pihak lain atau dialog terus.
00:56Iran masih secara politik terpisah daripada negara-negara teluk.
01:00Sebagainya disebabkan sokongan yang berterusan terhadap rangkaian proksi serantau yang semakin lemah dikenali sebagai paksi ketahanan.
01:07Ia termasuk penolakannya untuk menyokong penyelesaian dua negara bagi Palestine dapat tikaian mengenai tiga pulau di teluk yang dituntut oleh Kesatuan Emeria Arab UAE, tuntutan yang disokong oleh Majlis Kerjasama Teluk GCC.
01:21Namun, Menteri Luar Iran, Abbas Arachi, juga telah melakukan siri lawatan ke ibu kota Arab yang dikatakan berjaya memperbaiki hubungan.
01:29Tahun lalu, beliau mengunjungi Bahrain menjadi Menteri Iran pertama melakukan lawatan itu sejak 2010.
01:34Beliau juga melawat Kahirah empat kali tahun lalu dalam usaha memperbaiki hubungan, hubungan diplomatik kedua-dua pihak terputus pada 2016.
01:43Hubungan Saudi-Iran yang pernah paling tegang di Asia Barat berada di landasan pemulihan selama tiga tahun.
01:49Kesemua negara teluk sedar gangguan yang boleh berlaku terhadap trafik maritim diteluk disebabkan Iran.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended