Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kesesakan lalu lintas di Lembah Klang menyebabkan setiap pekerja kehilangan 528 jam setahun, bersamaan kerugian produktiviti RM21,250 seorang. Dr Ismaniza Ismail dari UiTM menjelaskan kesan ekonomi besar yang dianggap sebagai “cukai masa dan tenaga” yang mengurangkan kecekapan dan menekan pertumbuhan KDNK negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kesesakan lalu lintas di Lembah Kelang memberi impak ekonomi yang serius kerana setiap pekerja dianggarkan kehilangan sehingga 528 jam setahun bersamaan kerugian produktiviti lebih RM21,000 seorang.
00:14Pensyarahkanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan UITM, Dr. Ismail Rizal Ismail berkata, isu itu perlu dilihat sebagai masalah ekonomi nasional dan bukan semata-mata masalah pengangkutan.
00:26Dan itu jumlah yang boleh membiayai projek infrastruktur yang besar dan mungkin ribuan peluang pekerjaan berkualiti tinggi yang lainlah.
00:35Jadi bayangkan kalau 1 bilion itu tidak hilang, dia tak hilang sekali saja sebab dia hilang setiap tahun, dia kos yang berulang.
00:44Jadi produktiviti yang hilang ini bukan sekadar kuantiti kerja saja tetapi juga kualiti keputusan, inovasi dan kecegapan.
00:51Kalau nak bagi analogi yang lebih mudah faham bagi saya, ini macam cukai pendapatan lah, cuma dibayar dalam bentuk masa, tenaga dan kesihatan.
01:02Beliau berkata isu ini memberi kesan kepada produktiviti pekerja sehingga boleh menyebabkan gejala burn out ketika bekerja.
01:10Selain daripada itu, ia turun beri kesan kepada daya tarikan bandar kerana kualiti hidup sudah tidak menarik dan lebih memberi tekanan daripada memudahkan hidup seseorang pekerja.
01:21Beliau berkongsi pandangan dalam rancangan Niaga Awani pada Khamis.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended