Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang gadis berusia 19 tahun mendakwa disamun dan dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.
Transcript
00:00Seorang gadis berusia 19 tahun mendakwa disamun dan dipaksa melakukan seks luar tabi'i oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di air panas tapak Kuala Lumpur selasa lalu.
00:12Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisional Muhammad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada keesokan harinya pada jam 6.23 petang.
00:22Dalam laporan itu, mangsa memaklumkan ketika kejadian kira-kira 11.30 malam, mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun sebelum didatangi suspek yang menuduh pasangan itu melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta.
00:38Suspek kemudian bertindak merampas kad pengenalan milik mangsa dan teman lelakinya sebelum memaksa pengadu melakukan aksi tidak senonoh bersamanya.
00:47Muhammad Lazim berkata suspek melarikan diri dengan membawa telefon pintar mangsa dan teman lelakinya.
00:51Kes perkenaan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Kesiksaan kerana Samun dan Seksyen 377C Kanun Kesiksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabi.
01:02Sesuatu itu, polis menahan suspek yang berusia 24 tahun itu di Kota Damansara pada Khamis lepas. Lelaki itu direman 7 hari sehingga Rabu depan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended