Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran dilaporkan mengalami gangguan internet di seluruh negara pada Khamis ketika gelombang protes berkaitan kesulitan ekonomi terus berlaku di pelbagai bandar utama, menurut kumpulan pemantau internet, NetBlocks.
Transcript
00:00Iran dilaporkan mengalami gangguan internet di seluruh negara ketika mana gelombang protes berkaitan kesulitan ekonomi terus meletus di beberapa bandar utama pada Khamis.
00:11Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai punca atau tempoh gangguan perkhidmatan internet berkenaan.
00:17Bagaimanapun, saksi di Teheran serta bandar utama lain termasuk Masyad dan Isfahan memaklumkan bahawa penunjuk perasaan sekali lagi turun ke jalan raya sambil melawangkan slogan menentang kepimpinan Republik Islam Iran.
00:32Reza Pahlavi, anak kepada Shah Iran terakhir yang digulingkan dalam revolusi Islam 1979 dan kini hidup dalam buangan, turut menyeru rakyat Iran supaya meneruskan protes melalui satu hantaran video di PlatformX pada Rabu.
00:47Beberapa hantaran di media sosial yang tidak dapat disahkan secara bebas mendakwa penunjuk perasaan melawangkan slogan menyokong Pahlavi di beberapa bandar dan pekan di seluruh negara.
00:59Namun, media kerajaan Iran melaporkan keadaan di bandar-bandar di seluruh negara adalah tenang.
01:05Protes semasa ini yang disifatkan sebagai gelombang bantahan terbesar dalam tempoh tiga tahun bermula bulan lalu di Grand Baza Teheran apabila peniaga mengecam kejatuhan mendadak nilai matawang rial.
01:17Ketegangan kemudian merebak ke seluruh negara susulan tekanan ekonomi yang semakin meruncing didorong oleh inflasi melambung tinggi akibat salah urus ekonomi, sekatan barat serta sekatan terhadap kebebasan politik dan sosial.
01:32Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended