Pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 2.7 peratus pada 2026 berbanding 2.8 peratus tahun lalu sebelum meningkat semula kepada 2.9 peratus pada 2027, namun masih lebih rendah berbanding purata pra-pandemik sebanyak 3.2 peratus antara 2010 hingga 2019, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Khamis.
00:00Pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 2.7% pada 2026 berbanding 2.8% tahun lalu sebelum meningkat semula kepada 2.9% pada 2027.
00:14Menurut laporan Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, ia masih lebih rendah berbanding purata pra-pandemik sebanyak 3.2% antara 2010 hingga 2019.
00:25Menurut laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB, aktiviti ekonomi global kekal berdaya tahan meskipun berdepan kejutan tarif.
00:36Ini disukung oleh penghantaran barangan yang dipercepatkan, pengumpulan inventori serta perbelanjaan pengguna yang kukuh dalam persekitaran dasar moneteri yang lebih longgar dan pasaran buruh yang secara umumnya stabil.
00:48PBB menjangkakan sokongan dasar makroekonomi berterusan mampu mengurangkan kesan tarif yang lebih tinggi, nama pertumbuhan perdagangan dan aktiviti ekonomi keseluruhan dijangka sederhana dalam tempoh terdekat.
01:00Di Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi dilaporkan menyederhana kepada 1.9% pada 2025 berbanding 2.8% pada 2024.
01:12Kadar itu diramal meningkat sedikit kepada 2.0% pada 2026 dan 2.2% pada 2027 disukung oleh dasar fiskal dan moneteri yang bersifat mengembang.
01:23Bagi China, ekonomi negara itu diunjurkan berkembang 4.6% pada 2026 dan 4.5% pada 2027, menurun daripada anggaran 4.9% pada 2025.
01:37Pertumbuhan ekonomi kesatuan Eropah EU pula diramal pada kadar 1.3% pada 2026 dan 1.6% pada 2027 berbanding 1.5% pada 2025 didorong oleh perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.
01:54Di asas selatan, pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana kepada 5.6% pada 2026 berbanding 5.9% pada 2025 sebelum kembali kepada 5.9% pada 2027.
Be the first to comment