Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menarik diri daripada 66 badan antarabangsa, yang disifatkan boleh melemahkan semangat multi-latera-lisme global.
Transcript
00:00Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menarik diri daripada 66 badan antarabangsa yang disifatkan boleh melemahkan semangat multilateralisme global.
00:15Menurut Kementerian Luar Indonesia, Jakarta kini memantau rapat langkah Washington dan menggesa negara-negara lain agar terus bersatu dalam menghadapi cabaran dunia.
00:24Juru cakapnya Yvonne Mewenkang berkata tindakan Amerika Syarikat itu berpotensi menjejaskan susunan antarabangsa yang berasaskan kerjasama global.
00:36Terdahulu, Trump menandatangani memorandum yang mengarahkan Amerika Syarikat keluar daripada puluhan organisasi antarabangsa.
00:43Setiusaha negara Marco Rubio turut menifatkan badan-badan tersebut sebagai anti-Amerika tidak berguna atau membazir.
00:50Selain itu, Washington juga menarik diri daripada Pusat Perdagangan Antarabangsa atau ITC, agensi yang membantu perusahaan kecil di negara membangun menembusi pasaran global.
01:02Pada 2025, Amerika Syarikat turut meninggalkan Kerjasama Perkongsian Peralihan Tenaga Adil atau JETP,
01:11pakej pembiayaan iklim bernilai $20 bilion Amerika bagi membantu Indonesia mengurangkan kebergantungan kepada arang batu.
01:17Peranan Amerika Syarikat dalam inisiatif itu kemudian diambil alih oleh Jerman bersama Jepun
01:22dengan komitmen keseluruhan kini mencecah $21.4 bilion Amerika.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended