00:00Thank you for joining us.
00:30Kita sekarang bagi tahun 2026 ini meletakkan bulan 6 atau bulan 7 tahun ini untuk pindaan tersebut mula berkuat kuasa.
00:47Kenapa tempoh yang lama diambil apabila Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan tersebut?
00:53Kerana menyusul pindaan itu ada beberapa lagi persiapan yang mesti diselesaikan.
01:01Antara yang paling penting adalah melakukan beberapa pindaan dua versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terhadap Citizenship Regulation 1964.
01:12Itu persiapan pertama. Apakah sudah selesai? Sudah selesai.
01:16Kedua-dua bahasa? Ya. Sudah disemak oleh AGC? Sudah.
01:21Kalau itu selesai kami harus kemudiannya mempersiapkan pula dokumen-dokumen atau borang-borang yang berkaitan.
01:28Kemudian memaklumkan kepada malawakil Malaysia di seluruh dunia.
01:34Jadi kemudian kita akan mendapatkan perkenan kewartaan oleh kebawah duli.
01:40Jadi kalau semua ini milestone kami berjalan, maka kami letakkan sasaran sekitar Jun atau Julai.
01:49Jadi bagi membolehkan apa? Bagi membolehkan satu kelahiran di luar negara dalam kes ini akan secara kuatkuasa undang-undang mereka itu adalah berstatus warga negara bagi anak-anak.
02:01Jadi ini rakan-rakan media yang mengikuti daripada awal, saya mohon untuk bantu sebarkan.
02:06Ini kita anggap sebagai satu pencapaian kerjaan madani dari sudut nilai ehsan meletakkan keandilan pada ibu-ibu yang selamanya berdepan dengan masalah itu.
02:19Sambil hal itu kami laksanakan, apakah keputusan-keputusan warga negara itu tersangkut? Jawapannya tidak.
02:28Sehingga semalam saya masih terus membuat keputusan terhadap permohonan warga negara.
02:33Baik di bawah 15A Perlembagaan Persekutuan atau 15A atau 30A atau Perkara 19A, semua itu adalah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai permohonan kewarganegaraan.
02:48Jadi sekarang ini, bagi tahun lepas, saya meletakkan sasaran dalam ucapan saya di Parlimen.
02:56Bagi sepanjang tahun 2025, saya akan membuat keputusan terhadap 20,000 permohonan kewarganegaraan.
03:02Sehingga semalam, gawai saya memberikan laporan, saya telah pun membuat keputusan terhadap 20,032 permohonan.
03:13Saya melepasi KPI sebanyak 32.
03:15Jadi berapa lagi yang berbaki daripada jumlah asal waktu saya masuk, sekitar hampir 50,000.
03:23Sekarang baki keputusan permohonan warganegaraan cuma tinggal 4,000 saja.
03:29Sebenarnya kurang daripada 4,000.
03:32Dan saya optimis, kami boleh selesaikan permohonan tertunggak sekian lama.
03:37Tertunggak berapa tahun? 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun.
03:40Yang ini, by quarter 1 tahun ini, permohonan lama yang tertangguh, kami akan dapat buat keputusan.
03:49Jadi kita akan buka kitab baru apabila pelaksanaan dalam perkara pindaan pelebagaan itu mengenai kelahiran luar negara, itu akan dapat berjalan.
04:00Itu satu pencapaian dan halatuju ke depan. Itu mengenai warganegara.
04:10Terima kasih.
Comments