Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa keganasan di Sudan semakin memuncak dan menjejaskan orang awam, khususnya di wilayah Kordofan dan Darfur Utara.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa keganasan di Sudan semakin memuncak dan kini memberi kesan besar kepada orang awam.
00:08Kenyataan tersebut disuarakan susulan keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di beberapa kawasan Sudan yang dilanda perang.
00:15Selain itu, Pejabat Penyelarasan Hal Ewal Kemanusiaan OCHA berkata pihaknya bimbang terhadap kesan keganasan yang meningkat ke atas orang awam, khususnya di wilayah Kordofan dan negeri Dhafur Utara.
00:31Di negeri Kordofan Selatan misalnya, keadaan kemanusiaan di bandar Diling dan Kadugli yang dikepung semakin meruncing, dengan kedua-dua lokasi semakin terputus hubungan, bekalan semakin berkurangan dan harga makanan serta barangan keperluan melonjak.
00:47PBB menegaskan kekangan akses dan masalah keselamatan menyebabkan orang awam berdepan kesukaran yang semakin meningkat apabila barangan asas menjadi sukar diperoleh dan tidak mampu dibeli.
00:57Sudan kini terjerumus dalam konflik berlarutan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces RSF sejak April 2023 yang mengorbankan ribuan nyawa dan memaksa jutaan penduduk melarikan diri.
01:12Daripada 18 negeri di Sudan, RSF menguasai 5 negeri di wilayah Dhafur Barat kecuali beberapa bahagian Dhafur Utara yang masih di bawah kawalan tentera.
01:22Manakala tentera pula menguasai kebanyakan kawasan di 13 negeri lain di bagian selatan, utara, timur dan tengah negara Afrika Utara itu termasuk ibu negara Kartum.
01:33Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended