Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Perintah Khidmat Masyarakat mula berkuat kuasa pada Khamis bagi pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam.

Hukuman itu akan berkuat kuasa di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Transcript
00:00Perintah khidmat masyarakat mula berkuat kuasa pada Khamis bagi pesalah yang membuang sampah kecil di tempat awam.
00:09Hukuman itu berkuat kuasa di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Kedah serta dua wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.
00:19Langkah ini dilaksanakan mengikut Akta Pegurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, susulan pindaan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos tahun lalu.
00:33Bagi negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak mengguna akta itu, pelaksanaannya akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
00:45Selain Perintah khidmat masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan pesalah juga boleh didenda antara RM2,000 dan RM10,000 bagi kesalahan sama.
00:57Pesalah perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh 6 bulan dari tarikh sabitan merangkumi aktiviti berkaitan kebersihan seperti menyapu sisa pepejal, mengecat, memotong rumput, mengalihkan bangkai dan membersihkan sarang labah-labah.
01:15Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended