Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Seorang peguam ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke Penjara Marang.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam hormat anda bersama saya Khalis Gadir dalam Bulutin Awani.
00:05Seorang peguam ditahan bagi membantu sesatan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup dadah ke penjara marang.
00:14Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan pada Isnin di Kuala Terengganu pada jam 10.45 pagi.
00:24Menurut Mohd Khairi, perbuatan licik itu terpongkar selepas pegawai kanan penjara menjalankan pemeriksaan terhadap seorang banduan yang baru saja selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu.
00:40Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa objek asing yang mencurigakan di dalam tubuh badan banduan tersebut.
00:50Banduan berkenaan kemudiannya dibawa semula ke penjara dan terus diasingkan.
00:57Pada hari yang sama, banduan tersebut telah membuang air besar dan mengeluarkan sebanyak 12 ketul.
01:04Hasil pemeriksaan mendapati ketulan-ketulan tersebut disyaki mengandungi dadah jenis pil kuda dan ganja.
01:12Sesulan kejadian itu, pihak penjara membuat laporan polis sebelum kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:23Menurut Mohd Khairi, keseluruhan rampasan membabitkan pil liabah seberat 102.3 gram, ganja 21 gram dan erimin 5 13 gram dengan nilai dianggarkan RM16,000.
01:34Katanya lagi, dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 800 orang penagih.
01:41Beliau berkata ujian saringan air kencing terhadap suspek peguam melapati lelaki itu negatif dadah dan suspek direman selama 6 hari bermula 30 Desember hingga 4 Januari.
01:52Polis dalam pandi itu terus mengesan seorang wanita bernama Nurulur Rasikin Aladin yang berlalamat di kampung Batin seberang takir Kuala Terengganu bagi membantu sesatan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended