Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara sembilan tahun lima bulan setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan jenayah termasuk rompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi, sejak November tahun lalu.
00:01Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara 9 tahun 5 bulan setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan jenayah termasuk rompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi sejak November tahun lalu.
00:14Tertuduh Muhammad Firdaus Muhammad Nazir berusia 24 tahun dan Rasul Din Jamal Muhammad berusia 47 tahun membuat pengakuan bersalah terhadap 6 pertuduhan termasuk 3 kesalahan secara bersama di Mahkamah Session dan Mahkamah Magistret Alustar.
00:30Tempoh keseluruhan Muhammad Firdaus dipenjara bagaimanapun adalah 3 tahun manakala Rasul Din pula selama 18 bulan selepas mengambil kira tarikh hukuman serentak sejak mereka ditangkap dan disabitkan kesalahan.
00:45Dalam proseding di Mahkamah Session, Hakim Sharmila Abdul Samad menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara terhadap Muhammad Firdaus lepas merompak beg tangan milik seorang wanita.
00:55Dia turut mengaku bersalah di Mahkamah Magistret terhadap kesalahan pecah rumah di Taman Seri Derga, Jalan Datuk Kumbar kira-kira pukul 4 pagi 18 November lalu.
01:07Bagi dua pertuduhan bersama dengan Rasul Din, mereka didakwa menyimpan harta curi iaitu telefon bimbit jenis Samsung dan enjin motosikal Modenas Chris D sebuah rumah di lorong air putih jalan kota tanah di Alustar.
01:21Rasul Din turut dipenjara tujuh bulan bagi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen itu kerana menyimpan harta curi iaitu sebuah beg, empat keping mata wang asing, pelbagai negara dan dua utas jam tangan termasuk berjenama Rolex di lokasi dan tarikh yang sama.
01:37Terdahulu di hadapan Magistret Iliana Ismail, Muhammad Firdaus dan Rasul Din dipenjara lima bulan selepas mengaku bersama-sama menyimpan telefon jenis Vivo yang diragut daripada seorang warga Myanmar.
Be the first to comment