Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemaskini amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari.
Transcript
00:00Beralih ke laporan cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia mengemaskini amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 3 Januari,
00:10manakala amaran angin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa sehingga 2 Januari 2026 bagi Laut Cina Selatan.
00:19Ketua Pengarah MAP Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anik, memaklumkan kawasan terlibat ialah Kucing, Serian, Samarahan, Seri Aman, Betung, Sarike, Sibu, Mukah, Bintulus serta Miri.
00:29Menerusi laman Facebook MAP Malaysia, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsoon dijangka berterusan sehingga 5 Januari.
00:39Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut Cina Selatan dalam tempoh tersebut.
00:47Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web map.gov.my dan media sosial rasmi MAP Malaysia serta memuat turun aplikasi MyCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
00:59Sementara itu, amaran ribu petir turut dikeluarkan meliputi kawasan Kelang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended