Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kumpulan gabungan “Coalition of the Willing” yang diketuai Britain dan Perancis dilaporkan bakal mengadakan perbincangan bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menamatkan perang di Ukraine.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, kumpulan gabungan digelar Coalition of the Willing yang diketuai Britain dan Perancis bakal mengadakan pertemuan bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menamatkan perang di Ukraine.
00:12Perkara tersebut dimaklumkan oleh utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff.
00:17Antara lain, perbincangan akan menumpukan kepada usaha Presiden Donald Trump dalam menggerakkan prospek damai antara Rusia-Ukraine.
00:25Menurut Witkoff, tumpuan diberikan termasuk memperkukuh jaminan keselamatan dan membangunkan mekanisme berkesan bagi menamatkan perang serta memastikan ia tidak berulang.
00:36Sementara itu, Zelensky pada selasa memaklumkan bahawa penasihat keselamatan negara daripada kumpulan Coalition of the Willing akan bermesyuarat di Ukraine pada Sabtu sebelum pemimpin negara berkumpul di Perancis pada 6 Januari.
00:48Laporan antarabangsa menyebut kumpulan gabungan yang diketuai Britain dan Perancis itu merangkumi lebih 30 negara.
00:54Bagaimanapun, tidak jelas negara mana yang akan mengambil bahagian dalam mesyuarat berkenaan setiausaha negara AS Marco Rubio,
01:01menantu Trump Jared Kushner dan ketua perunding Ukraine Rastam Umerov turut menyertai rundingan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended