- 1 day ago
- #awaniborneo
#AWANIBorneo bersama Farhan Hakimi
- Luruan monsun, hujan lebat berterusan di Sarawak mulai 1 Januari
- Sektor air, tenaga negara catat pencapaian signifikan
- Wilfred Madius dilantik Pengerusi POIC Sabah
- Luruan monsun, hujan lebat berterusan di Sarawak mulai 1 Januari
- Sektor air, tenaga negara catat pencapaian signifikan
- Wilfred Madius dilantik Pengerusi POIC Sabah
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera Awani Borneo Jamini bersama saya Farahan Hakimi dan berikut adalah tumpuan utama.
00:17Luruan monsoon, hujan lebat di Sarawak mulai 1 Januari.
00:25Sektor air, tenaga negara catat pencapaian signifikan.
00:30Wilfred Medias dilantik pengurusi POIC Sabah.
00:44Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat SAR Agustin Fernando Nyalong, remaja lelaki 14 tahun yang dibaham buaya di JT Sungai Kelai, rumah jingga Pulau Brut, Daro, masih belum berhasil.
00:57Hasil pemeriksaan terhadap tiga perangkap buaya yang dipasang sebelum ini didapati tidak membuahkan hasil.
01:05Pada jam 8.05 pagi, pasukan SAR menerima taklimat operasi daripada Polis Diraja Malaysia PDRM sebelum memulakan pencarian menggunakan dua bot pada jam 8.30 pagi.
01:17Seramai 12 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi tersebut.
01:23Operasi pencarian menggunakan bot ditamatkan sementara pada jam 10.27 pagi sebelum pasukan SARawak Forestry Corporation SFC meneruskan usaha memasang umpan tambahan di beberapa lokasi baharu bermula jam 10.40 pagi.
01:39Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK Rumah Jingga melibatkan seramai 17 penduduk menggunakan lima bot turut menjalankan pemantauan di kawasan pesisi dan hili sungai.
01:52Setakat jam 12.50 tengah hari, pemantauan turut diteruskan oleh SARawak Coast Guard di kawasan hili sungai namun mangsa masih belum ditemui.
02:01Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia meramalkan luruan monsoon dijangka memasuki rantau negara bermula 1 hingga 5 Januari depan.
02:15Ketua Pengarah MAT Malaysia Dr. Muhammad Hisham Muhammad Anip berkata keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut Cina Selatan dalam tempoh berkenaan.
02:28Dalam kenyataan berasingan, MAT Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di kawasan perairan timur Laut Kondo dan barat Laut Rift North sehingga Jumat ini dengan kelajuan angin melebihi 60 km sejam dan ombak setinggi melebihi 4.5 meter.
02:45Dalam tempoh sama, MAT Malaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua dengan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang dijangka berlaku di kawasan perairan Kondo serta timur Laut dan barat daya Rift North.
03:02Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan bagi kawasan perairan Tenggara Samui, Tioman, Utara Bunguran, Tenggara dan Utara Rift North, layang-layang serta barat palawan.
03:15Angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
03:45Kerajaan melalui Kementerian Peralih
04:15Pembalihan Tenaga dan Transformasi Air, Petra, mencatatkan pencapaian signifikan dalam usaha memperkukuh sektor air dan tenaga negara bagi tempoh 2024 hingga 2025.
04:27Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, pencapaian memberangsangkan itu dicapai hasil kerjasama strategik pelbagai agensi berkaitan.
04:36Ia sekaligus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan penduduk, keselamatan infrastruktur serta agenda kemampanan negara.
04:45Menerusi hantaran di Facebook, Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, dalam sektor air, pelaksanaan skim pelabelan kejikapan produk air WEPLS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN, berjaya menjimatkan sehingga 85% penggunaan air.
05:04Beliau berkata, Indah Water Consortium IWK merekodkan pengoperasian lebih 7,000 loji rawatan kumbahan dengan kadar pematuhan effluent melebihi 97% selain melaksanakan program pengurusan lemak, minyak dan gris serta penggunaan tenaga solar di loji rawatan kumbahan.
05:22Jabatan Pengairan dan Saliran JPS pula melaksanakan 149 projek terbatas banjir yang memberi perlindungan kepada 1.77 juta penduduk selain menjalankan pemuliharaan dan pembangunan sungai di seluruh negara.
05:39Di peringkat Surantau, Fadila berkata, Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 mencatatkan pencapaian yang penting menerusi pelancaran pelan tindakan ASEAN bagi kerjasama tenaga 2026-2035 serta pementerian beberapa perjanjian berkaitan grid tenaga ASEAN.
05:56Ujarnya, secara keseluruhan, pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan air dan tenaga kerja selaras dengan pelaksanaan air 2040 dan pelan hala tujuh peralihan tenaga negara NETR.
06:14Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah GRS membuktikan rakyat memilih kesinambungan dasar, kematangan politik serta kepimpinan yang stabil demi masa depan Sabah.
06:24Bagi membalas kepercayaan rakyat, kerajaan Sabah di bawah pimpinan GRS akan memberi tumpuan terhadap agenda kestabilan, perpaduan serta hala tujuh pembangunan jangka panjang negeri menjelang tahun baru 2026.
06:40Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, amanah yang diberikan kepada GRS bukan sekadar kemenangan politik.
06:51Sebaliknya, isyarat jelas bahawa rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mempunyai hal tujuh jelas dan berpaksikan kepentingan rakyat.
06:59Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Gagasan Rakyat berkata demikian dalam ucapan tahun baru 2026 pada Isnin.
07:07Beliau berkata tahun 2026 menandakan permulaan fasa penting pelaksanaan agenda Sabah Maju Jaya atau SMJ 2.0, 2026 hingga 2030.
07:18Agenda itu mengekalkan tiga teras utama pembangunan negeri iaitu sektor pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat serta pengukuhan jaringan infrastruktur yang mampan dan berteraskan kelestarian hijau.
07:31Mengulas isu hak negeri, Nizam berkata kerajaan Sabah akan terus konsisten memperjuangkan kepentingan negeri berlandaskan perjajian Malaysia 1963 atau MA63 secara berhemah dan berprinsip.
07:44Ujarnya, hubungan erat antara kerajaan Sabah dan kerajaan persekutuan berteraskan Malaysia Madani akan terus diperkukuh demi kepentingan rakyat serta pembinaan negara yang lebih inklusif dan seimbang.
07:58Beliau menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada kerajaan negeri sambil menegaskan kejayaan membina Sabah yang lebih maju adalah tanggungjawab bersama.
08:08Rakyat Sabah diseru untuk menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksana mengikut spesifikasi, jadual serta peruntukan yang diluluskan.
08:22Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penglibatan aktif rakyat amat penting bagi membendung kelewatan projek, kecuaian kontraktor serta amalan subkontrak yang boleh menjejaskan kualiti hasil kerja dan merugikan kerajaan serta penerima manfaat.
08:38Memetik laporan Sabah Media, Masidi berkata perhubungan atau projek tidak akan berkesan jika hanya kerajaan bergerak sendirian.
08:49Rakyat yang menerima manfaat juga perlu bekerjasama dengan memantau dan melaporkan sebarang kelemahan pelaksanaan.
08:55Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, sebarang masalah pelaksanaan projek termasuk kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut jadual atau meninggalkan tapak projek perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi mempulihkan tindakan pantas diambil.
09:10Menurutnya, kegagalan menyiapkan projek dalam tempoh didetapkan bukan sahaja menjejaskan keselesaan rakyat malah boleh menyebabkan peruntukan kerajaan luput dan tidak dapat digunakan, khususnya selepas tarikh penutupan kewangan tahunan.
09:24Kerajaan telah meminta pejabat daerah menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan projek atau tidak pati menyelewing termasuk melalui amalan subkontrak perlapis yang mengurangkan nilai sebenar projek dan menjejaskan kualiti pembinaan.
09:39Tegasnya, keberanian membuat keputusan yang betul walaupun tidak popular adalah asas kepada takbir urus berintegriti, terutama dalam melindungi kepentingan golongan miskin dan memastikan bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada sasaran.
09:54Dalam usaha memacu pelaburan dan pembangunan industri, Sabah melantik tiga tokoh berpengalaman dalam sektor perindustrian dan logistik negeri.
10:03Mereka terdiri Presiden Kehormat APKO, Datuk Seri Wilfred Medius Tangau, bekas pengarah Kastam Sabah, Datuk Jonathan Kanduk dan adun dilantik Datuk Roger Chin.
10:14Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli dilantik sebagai pengerusi kumpulan PAN Oil Industrial Cluster POIC Sabah.
10:27Manakala Jonathan Kanduk sebagai timbalan pengerusinya.
10:31Datuk Roger Chin pula diberi tanggungjawab menerajui Inves Sabah Berhad sebagai pengerusinya.
10:34Pelantikan diumum timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewan Benedict yang juga Menteri Perindustrian, Kesahawanan dan Pengangkutan Sabah dalam satu kenyataan hari ini.
10:43Ewan berkata pelantikan tersebut memainkan peranan dalam memacu syarikat berkaitan kerajaan negeri itu, terutama dalam usaha membawa masuk pelaburan berkualiti dan meningkatkan daya saing negeri Sabah.
10:56Ujarnya pelantikan ini selaras dengan perkataan Sabah First, yang mana kepentingan dan manfaat kepada rakyat serta ekonomi Sabah sentiasa menjadi keutamaan.
11:04POIC Sabah yang ditubuhkan pada 2005 mengendalikan hak perindustrian serta logistik strategik di Lahat Datu dan terlibat dalam pemprosesan hiliran minyak sawit,
11:15selain mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan dalam industri berkaitan seperti pelabuhan biogisib dan biopnapesan.
11:22Inves Sabah pula yang ditubuhkan pada 2020 membawa misi menarik pelaburan strategik ke Sabah bagi memacu perubahan struktur,
11:29menerusi ekosistem domestik dinamik, memupuk ekonomi inklusif serta memajukan kelestarian,
11:36menggalakkan inovasi digital, perteraskan dasar ekonomi dan pelaburan.
11:42Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis lambung gini
11:53melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
11:58Menurut sumber bekas menteri terbabit, hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.
12:09Sumber menambah bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazatkan untuk pembinaan surau
12:17telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi.
12:20Seramai 16 saksi yang terdiri daripada kaki tangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
12:28Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azambaki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.
12:37Setakat ini, tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan.
12:40Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet Kerajaan sebelum era COVID-19 berada dalam Radar Siasatan SPRM.
12:51Ia susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian membabitkan pemindahan sebidang tanah bilik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
13:02Sebuah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lembah Poring, Pembakut, Malam Ahad.
13:14Pemangku Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Kimanis, Jaafar Saleh berkata, enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kira-kira 29km dari balai.
13:23Jentera bomba tiba pada jam 12.11 tengah malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal serta tiga kenderaan musnah sepenuhnya.
13:33Sebuah lagi kereta mengalami kerosakan kira-kira 70%.
13:37Kerja pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan air dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.17 tengah malam.
13:47Pasukan bomba berdepan kesukaran untuk ke lokasi berikutan laluan rosak dan berparit menyebabkan jentera terpaksa berpatah balik sebelum menggunakan laluan alternatif.
13:58Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2 pagi selepas lokasi disahkan selamat dan tiada lagi bahaya.
14:05Punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa.
14:11Sekian Awani Borneo Jamini, saya Farhan Hakimi, salam hormat.
Be the first to comment