JPJ kutip RM93.51 juta setakat Jumaat melalui program pengurangan saman 50%, melibatkan 702,606 saman dilangsaikan. Tempoh tawaran sehingga 30 Disember ini.
00:00Dalam pada itu sebanyak 93.51 juta ringgit dikutip Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ setakat Jumaat menerusi program pengurangan saman 50%.
00:11Menurut pengarah penguatkuasa JPJ, Datuk Mohd Kifli Mahasan, kutipan itu membabitkan 702,606 saman yang dilangsaikan di mana jumlah kesalahan tertinggi membabitkan sistem keselamatan kesedaran otomatik awas iaitu 404,535 kes.
00:29Pada masa sama, beliau menggalakkan pemandu yang memiliki tunggakan saman untuk mengambil peluang diskaun 50% ini.
00:36Untuk rekod setakat Jumaat, jumlah kutipan saman adalah RM93 juta malakala jumlah yang tertunggak kira-kira RM1.42 bilion.
00:45Menurutnya jumlah saman tertinggi membabitkan awas iaitu 404,535 saman diikuti saman JPJ 22, 295,955 kes dan kesalahan dibawa Akta Pengangkutan Jalan APJ dan Akta Lembaga Pengangkutan Jalan ALPKP 1987, 2,116 kes.
01:10Pengguna Jalan Raya diberi tempoh 2 bulan untuk menjelaskan saman tertunggak JPJ dengan diskaun 50% bermula 1 November hingga 30 Disember ini.
Be the first to comment